saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 08/10/2013

Pasar raya Malaysia dibuka di Mekah

Ahmad Sani Araby (dua kanan) menerima cenderamata yang disampaikan Putera Dr. Abdulaziz Nasser Abdulaziz Al-Saud (kiri) pada perjumpaan di Riyadh, Arab Saudi baru-baru ini. - Gambar ihsan Sani Araby

PULAU PINANG 7 Okt. - Menyedari potensi dan peluang yang besar untuk memasarkan produk Malaysia di Mekah, seorang usahawan muda Ahmad Sani Araby bakal meneroka pasaran di Tanah Haram itu dengan membuka pasar raya berhampiran Masjidil Haram.

Malah menjelang 2015, dijangkakan sebuah pasar raya yang menjual pelbagai produk keluaran usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) Malaysia mampu berada hanya kira-kira 500 meter dari kawasan Masjidil Haram.

Pasarannya bukan sahaja untuk rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mengunjungi Tanah Haram untuk mengerjakan umrah sepanjang tahun tetapi juga jutaan umat Islam yang berada di sana ketika menunaikan haji.

Peluang keemasan itu tiba apabila Ahmad Sani menerima pelawaan daripada Putera Arab Saudi, Putera Dr. Abdulaziz Nasser Abdulaziz Al-Saud pada awal tahun ini untuk meneroka pasaran produk halal di sana.

Menurut Ahmad Sani yang merupakan Pengerusi Al-Araby Holdings (M) Sdn. Bhd., sebelum ini pernah mencuba untuk meneroka pasaran di beberapa negara Asia Barat seperti Mesir, namun gagal ekoran faktor polisi perdagangan serta pergolakan yang berlaku di sana.

"Sebaik menerima pelawaan daripada Putera Arab Saudi itu, saya tidak menoleh ke belakang lagi dan hasil perbincangan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Al-Araby Holdings Muhammad Faris Hussain, kami bersetuju untuk membuka pasar raya yang menempatkan pelbagai produk keluaran IKS tempatan.

"Pada awal tahun hadapan, kami akan membuat kajian pasaran terlebih dahulu sebelum pasar raya itu bakal direalisasikan pada penghujung 2014 atau selewat-lewatnya pada 2015," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Tambahnya, bagi melaksanakan projek itu sebuah syarikat dikenali sebagai Saudi Malaysian Industrial Development Holding Sdn. Bhd. telah ditubuhkan dengan Al-Araby Group of Companies diberikan dua portfolio penting iaitu industri halal dan perdagangan.

Satu perjumpaan mengenai perkara itu telah diadakan di Riyadh, Arab Saudi 17 September lalu yang turut dihadiri Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Syed Omar Syed Mohamad Al Sagaff serta beberapa konglomerat dari China dan Arab Saudi.

Bagi mencapai hasrat itu beberapa siri perbincangan juga telah diadakan dengan pelbagai agensi kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.