saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 11/10/2013

Gyu-Kaku, restoran terbaharu Naza Group

Nur Nadia SM Nasimuddin bergambar di hadapan Restoran Gyu-Kaku di Publika Solaris Dutamas, Kuala Lumpur, yang dibuka secara rasmi, semalam.

KUALA LUMPUR 10 Okt. - Autumn Odyssey, cabang perniagaan makanan dan minuman (F&B) Kumpulan Naza, akan melabur sebanyak RM10 juta bagi membuka tiga buah cawangan baharu restoran BBQ Jepun, Gyu-Kaku menjelang 2014.

Pengarah Bahagian F&B Kumpulan Naza, Nur Nadia SM Nasimuddin berkata, ketika ini, Autumn Odyssey telah membuka dua buah cawangan Gyu Kaku iaitu di One Utama pada Jun 2012 dan terbaharu di Publika, Solaris Dutamas.

" Sebanyak RM3 juta telah dilaburkan untuk dua buah restoran ini. Cawangan ketiga akan dibuka pada hujung tahun ini di Tropicana City Mall dan dua lagi pada 2014," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran cawangan kedua, di sini hari ini.

Gyu-Kaku merupakan restoran Jepun berkonsepkan BBQ nombor satu di negara matahari terbit berkenaan dan setakat ini memiliki 650 cawangan di seluruh dunia.

Nur Nadia berkata, dengan pembukaan cawangan kedua ini, syarikat menyasarkan perolehan mampu meningkatkan sebanyak 40 peratus memandangkan lokasinya yang strategik.

"Cawangan pertama di pasar raya One Utama berjaya mencatatkan jualan sebanyak RM75, 000 sebulan dan cawangan kedua dengan saiz yang lebih besar mampu memberi pulangan yang lebih baik.

"Gyu-Kaku mempunyai daya tarikan tersendiri yang mana menawarkan resipi BBQ asli Jepun dengan kualiti daging dan bahan-bahan lain yang terjamin. Pelanggan pasti berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.