saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 22/10/2013

MEPS labur RM16j untuk ATM

KUALA LUMPUR 21 Okt. - Malaysian Electronic Payment System Sdn. Bhd. (MEPS), akan melabur sebanyak RM16 juta bagi menyediakan 1,580 Mesin Juruwang Automatik (ATM) dalam masa lima tahun dari sekarang.

Sehingga kini, MEPS mempunyai 134 ATM di Semenanjung iaitu di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

Pengarah Urusan Kumpulan MEPS, Zulkanain Kassim berkata, jumlah tersebut merupakan satu pencapaian yang mengagumkan bagi organisasi berkenaan yang selama lebih sedekad menyumbang kepada sektor kewangan negara.

"MEPS menyasarkan untuk memiliki keseluruhan 200 ATM menjelang hujung tahun ini. Kami akan menyediakan ATM-ATM ini di kawasan pantai timur seperti di Kelantan.

"Bagi suku ketiga tahun depan pula kami akan meluaskan ATM ke Sabah dan Sarawak dengan sasaran 360 ATM di seluruh negara setiap tahun," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran ATM MEPS yang juga merupakan ATM bukan milik bank di sini hari ini.

ATM MEPS tersebut telah dilancarkan oleh Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Muhammad Ibrahim. Yang turut hadir ialah Timbalan Presiden dan Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank, Datuk Lim Hong Tat.

ATM jenama MEPS pertama kali disediakan ialah di pejabat MEPS di Bangsar South pada 21 Januari lalu yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dan fokus utamanya adalah menyediakan kemudahan pemindahan dana pada masa sebenar.

Perkhidmatan pengeluaran wang merentasi sempadan juga ditawarkan kepada pemegang kad ATM bank asing dari enam negara iaitu China, Indonesia, Korea, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Selain itu, pelanggan juga dapat mengeluarkan wang, membuat pertanyaan baki dan membuat bayaran kepada kad kredit dan pinjaman serta akaun simpanan menggunakan kad ATM daripada 12 bank yang terlibat yang logonya tertera di mesin tersebut.

Sementara itu, Zulkanain berkata, perkhidmatan e-bayar yang ditawarkan oleh MEPS membantu Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan dan aspirasi BNM untuk menjadikan Malaysia sebagai masyarakat yang tidak menggunakan wang tunai.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.