saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 27/12/2013

Biocon mulakan operasi di Johor

SALAH satu makmal biofarmaseutikal Biocon yang terdapat di India. - GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR 26 Dis. - Syarikat biofarmaseutikal India, Biocon sudah bersedia untuk memulakan operasi di kawasan seluas 32.37 hektar - Bio-XCell di Johor, menjelang akhir 2014.

Biocon ialah pelanggan Bio-XCell Sdn. Bhd., selain peneroka metabolik Perancis Agila Specialities dan Glycos Biotechnologies yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif Bio-XCell, Rizatuddin Ramli berkata, semua proses pembangunan laman web yang diurus oleh Biocon sudah siap dan sebaik ia dibuka, penyedia insulin itu akan berfungsi tanpa henti bersama-sama pelanggan lain di hab bioteknologi baharu serantau di Asia.

Menerusi pelaburan lebih AS$160 juta (RM512 juta) dan menjadi pelabur asing terbesar dalam sektor itu di Malaysia, Biocon diiktiraf sebagai projek kemasukan (EPP) oleh kerajaan dan dijangka akan memain peranan utama dalam program transformasi ekonomi kerajaan.

"Secara keseluruhannya komitmen pelaburan di hab bioteknologi itu berjumlah RM900 juta dan dijangka mencecah RM1.2 bilion apabila dua atau tiga lagi syarikat masuk tidak lama lagi," katanya kepada Bernama, sambil menambah bahawa hab itu akan siap sepenuhnya pada 2016.

Menurut Rizatuddin, Bio-XCell baru-baru ini menandatangani perjanjian kerjasama dengan BioSingapore untuk menerajui pembangunan industri bioteknologi di rantau Asia Tenggara serta menggalakkan pakatan merentas sempadan yang kukuh antara komuniti sains hayat dan masyarakat biopengeluaran di Iskandar Malaysia, Johor dan Singapura.

Beliau berkata, Bio-XCell akan mempunyai lebih banyak pelanggan tahun depan.

Semua syarikat yang beroperasi di hab itu terdiri daripada syarikat asing memandangkan syarikat tempatan masih kurang mahir.

"Mereka perlu meningkatkan kemahiran kerja dan pembiayaan, memandangkan setiap pelaburan syarikat itu di sini dengan mudah boleh mencecah AS$30 juta," katanya.

Bio-XCell ialah taman bioteknologi terulung di Malaysia dengan ekosistem 60-40 peratus dimiliki oleh Perbadanan Bioteknologi Malaysia (Biotechcorp) dan UEM Sunrise Holdings, pemaju utama Nusajaya. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.