saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 04/02/2014

Paul Tan kembangkan empat teras niaga

Paul Tan. mengemas kini lama web berita paultan org yang kini telah mendapat sambutan hangat pembaca yang meminati industri automotif.

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Dengan bilangan 500,000 pengunjung unik sehari, laman web berita automotif paultan.org merupakan laman web paling popular di Malaysia hari ini, walaupun pengasasnya Paul Tan tidak memiliki rancangan khusus semasa memulakannya 10 tahun lalu.

Paul, 29, anak kelahiran Kuantan semasa awal-awal perkenalan dengan kelompok wartawan pemotoran disifatkan sebagai seorang ulat komputer. Dengan cermin mata tebal, berbadan gempal dan tidak lekang dengan komputer bimbit, ditambah dengan perawakannya yang pendiam, mendorong pelbagai persepsi.

Ada yang menganggapnya tidak lebih seorang penulis laman web yang mencuba-cuba nasib dalam dunia automotif dan akan lenyap kemudiannya. Namun, perlahan-lahan Paul membina asas kepada laman webnya. Suatu kelebihan berita yang dimilikinya ialah keupayaan menyiarkan gambar 'curi' kereta yang sedang dipandu uji secara rahsia di jalan raya Malaysia. Persepsi terhadapnya berubah.

''Seiring dengan trend menulis blog pada tahun 2000-an, saya menulis apa sahaja dalam blog saya pada tahun 2004. Tentang makanan, filem, selebriti dan kereta. Kemudian saya dapati reaksi dan kunjungan lebih tinggi terhadap berita-berita automotif.

''Pada 2005, tidak wujud blog khas tentang automotif. Faktor-faktor ini mendorong saya membuat keputusan membuat pengkhususan. Dan saya mendapat inspirasi daripada blog pemotoran antarabangsa seperti Autoblog.com dan leftlanenews.com," katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di Petaling Jaya, kelmarin.

Mengakui kesukaran pada awal-awal beliau menceburi dunia berita automotif, Paul berkata, berita mengenai sesuatu kereta diperolehinya daripada pelancaran sesuatu model di bilik pameran kerana namanya tidak dikenali oleh syarikat-syarikat kereta.

Pada waktu yang sama, Paul masih mengekalkan kerja hariannya sebagai juruprogram pelayan Internet di sebuah syarikat dan mengisi kandungan untuk blognya yang berasaskan WordPress sebagai hobi.

Pada 2006 ujarnya, beliau mendapati bilangan pengunjung ke blognya telah mencecah kadar yang membolehkannya menikmati ganjaran yang memuaskan hasil daripada iklan Google pada blognya.

Kaedah iklan Google ialah semakin ramai pengunjung, semakin tinggi ganjaran diberikan kepada pemilik blog. Setelah meraih antara RM5,000 hingga RM6,000 sebulan ketika itu, Paul berhenti kerja untuk memberi fokus sepenuhnya bagi membangunkan blognya.

Pada tahun yang sama, paultan.org muncul sebagai antara portal berita paling popular di Malaysia. Perkataan 'paultan' antara perkataan paling kerap dicari dalam kategori orang oleh pengguna Google Malaysia ketika itu.

Ditanya apakah detik kemuncak kejayaan beliau, Paul menjelaskan bukan angka bilangan pengunjung yang dilihat sebaliknya hari pertama beliau melantik seorang penulis untuk blognya pada 2009.

''Kini saya memiliki lima wartawan pemotoran dengan 35 kakitangan yang mengendalikan bukan sahaja kandungan untuk paultan.org tetapi juga portal hiburan Oh!Bulan, Infokereta, oto.my, techattack.my dan program televisyen, Driven," ujarnya.

Pada 2008, Paul bersama bekas rakan sekelasnya di Victoria Institute, Harvinder Singh menubuhkan Driven Communications Sdn. Bhd. sebagai syarikat induk menguruskan segala produk dan perkhidmatan paultan.org.

Bersama Harvinder juga, mereka menerbitkan program pemotoran televisyen yang disiarkan di saluran 8TV pada tahun 2010 dan tahun lalu. Fokus juga diberikan dengan menyediakan video berita automotif secara dalam talian.

Tahun lalu, Driven Communications mencatat perolehan sebanyak RM6 juta, peningkatan 50 peratus berbanding tahun 2012.

''Kami menyasarkan peningkatan perolehan kepada RM8 juta tahun ini menerusi empat teras perniagaan iaitu lima laman web tersebut, pengurusan acara, penggambaran produk dan media sosial," kata Paul selaku Pengarah Urusan syarikat.

Menurutnya, beliau tidak risau dengan cabaran daripada peniru atau copycat, kerana pihaknya memberi tumpuan kepada kualiti penulisan berita yang menyeluruh dan kepantasan penyiaran.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.