saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 10/03/2014

Serba Dinamik sasar perolehan 2014 cecah RM600j

SHAH ALAM 9 Mac - Kumpulan Serba Dinamik menyasarkan untuk mencapai perolehan sebanyak RM600 juta tahun ini berbanding RM535 juta tahun lalu.

Perolehan itu disumbang oleh pejabat operasi globalnya di Indonesia, United Kingdom dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) termasuk pejabat operasi tempatan di Terengganu, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak.

Malah, syarikat yang menerajui bidang kejuruteraan teknologi getaran itu juga bercadang untuk disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia dalam tempoh dua tahun lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Serba Dinamik, Dr. Ir Abdul Karim Abdullah (gambar) berkata, operasi syarikat akan memasuki pasaran Eropah dan United Kingdom tidak lama lagi.

"Serba Dinamik mahu dikenali sebagai syarikat multinasional dan mendapat pengiktirafan di negara-negara Eropah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Abdul Karim pernah bertugas selama lima tahun dengan ASEAN Bintulu Fertiliezer Sdn. Bhd. iaitu sebuah anak syarikat Petronas yang berpangkalan di Bintulu, Sarawak sebelum mengambil keputusan menceburi bidang perniagaan.

Serba Dinamik ditubuhkan pada 1993 dengan seorang rakan kongsi, pada mulanya hanya mempunyai seorang setiausaha dengan ibu pejabatnya di Bintulu. Syarikat itu berpindah ke Shah Alam lima tahun kemudian.

"Saya memulakan perniagaan ini di sebuah pekan kecil di Bintulu yang lebih dikenali sebagai kampung nelayan. Tiada perkara yang mudah apabila kita memilih untuk terjun dalam bidang ini," kata Abdul Karim, anak jati Miri ini.

Beliau yang turut aktif dalam Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak berkata, kini syarikat berkembang pesat sehingga mempunyai 1,000 pekerja terdiri daripada pekerja tempatan dan luar negara.

Hari ini, Kumpulan Serba Dinamik terlibat dalam membangunkan produk perisian kejuruteraan dan menjadi pengeluar bagi Hydrogen Fuel Cell berasaskan teknologi solar.

Malah, syarikat juga merupakan ejen eksklusif bagi Sistem Pengurusan Capstone Microturbines, pelincir dari Amerika Syarikat dan memperoleh pensijilan ISO 9001, OHSAS 18001 dan ISO 14001.

Antara pencapaian membanggakan syarikat ialah memenangi Anugerah Perniagaan STAR 2013 (Keusahawanan Terbaik), SME One Asia Award 2013 di Singapura, Anugerah Jenama Cemerlang 2013 di Macau dan Anugerah Jenama Malaysia Paling Berkuasa 2013.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zuhur 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.