saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 03/04/2014

Najib beri semangat kepada peserta SUPERB

KUALA LUMPUR 2 April - Kumpulan perintis seramai 25 peserta Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) di bawah TERAJU menerima kunjungan mengejut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meninjau peringkat akhir SUPERB BizPitch di MATRADE di sini, Sabtu lalu.

“Kita mahu meletakkan SUPERB pada standard yang tinggi. Anda yang berjaya adalah kumpulan perintis yang bakal menjadi teladan pada semua. Kita memilih yang terbaik kerana tidak mahu mana-mana syarikat SUPERB gagal. SUPERB, seperti namanya, mestilah hebat.

“Itulah wawasan saya untuk SUPERB. Ini bukanlah satu cabaran yang mementingkan siapa anda kenali, tetapi menjurus kepada ilmu yang anda ketahui. Ahli panel yang terdiri dari usahawan terkemuka akan membuat keputusan," kata Najib yang diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Skim SUPERB di bawah TERAJU mendapat sambutan hangat dengan 1,791 permohonan diterima dari seluruh negara. Selepas saringan, hanya 49 peserta memasuki peringkat separuh akhir untuk merebut peluang mendapatkan geran sehingga RM500,000 bagi merealisasikan idea-idea inovatif menjadi perniagaan yang berjaya.

Dana SUPERB berjumlah RM100 juta bagi tiga tahun dilancarkan oleh Majlis Ekonomi Bumiputra (MEB) pada awal tahun ini, dengan RM30 juta diperuntukan untuk tahun ini sahaja.

BizPitch adalah satu cabaran yang akan menjadi mekanisme memilih penerima geran SUPERB dan terbuka kepada usahawan Bumiputera yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun, atau syarikat Bumiputera yang telah beroperasi kurang daripada tiga tahun.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.