saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 22/05/2014

Sasar 100 firma Tanda Keunggulan Kebangsaan Jenama Malaysia

Hafsah Hashim berucap pada Seminar Penjenamaan anjuran SME Corp di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Abdul Razak Latif

KUALA LUMPUR 21 Mei - Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp) menepati jadualnya untuk mencapai sasaran mewujudkan 100 syarikat yang diperakui dengan Tanda Keunggulan Kebangsaan Jenama Malaysia, satu pensijilan yang menggambarkan kualiti, kecemerlangan dan keunikan produk dan perkhidmatan oleh firma-firma tempatan, menjelang akhir tahun.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Hafsah Hashim berkata, hingga April tahun ini, tujuh lagi syarikat menerima pensijilan itu, menjadikan keseluruhannya berjumlah 92 syarikat yang telah diperakui dengan tanda tersebut sejak kewujudannya pada 2009.

"Sebanyak lapan syarikat sedang berada pada pelbagai peringkat untuk diperakui dengan Tanda Keunggulan Kebangsaan Jenama Malaysia dan sedang menjalani proses pengesahan oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd, rakan kongsi pensijilan kami," katanya kepada pemberita pada Seminar Penjenamaan 2015 SME Corp di sini hari ini.

Beliau berkata, syarikat-syarikat ini perlu melalui proses penilaian piawaian yang ketat dan melalui pensijilan ini, kerajaan berharap dapat mengubah tanggapan bahawa produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berkualiti rendah, kurang boleh dipercayai dan rendah mutu pembungkusannya berbanding jenama-jenama besar yang lain.

Selain itu kata beliau, SME Corp telah memperkenalkan insentif penggabungan dan pengambilalihan bagi penyedia perkhidmatan kecil dan sederhana dalam usaha menggalakkan syarikat-syarikat ini bergabung.

"Bagi mewujudkan sebuah entiti yang lebih stabil dan kuat dalam menghadapi persaingan yang semakin sengit, kami telah memperkenalkan sembilan subsektor yang boleh memberi ruang untuk PKS bergabung.

"Perkhidmatan-perkhidmatan ini ialah perakaunan, percukaian, amalan perubatan pakar, amalan pergigian pakar, latihan kemahiran, kejuruteraan, seni bina, kurier serta pendidikan menengah teknikal dan vokasional," kata Hafsah.

Beliau berkata, subsektor-subsektor ini mungkin diperluaskan kerana ada syarikat pembuatan yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada insentif itu.

"Di bawah insentif ini, syarikat yang bergabung akan layak menikmati kadar rata cukai sebanyak 20 peratus ke atas semua pendapatan yang boleh di cukai bagi tempoh selama lima tahun, serta pengecualian cukai setem ke atas dokumen penggabungan," katanya. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.