saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 08/06/2014

Shaklee sasar jualan berganda

VICTOR Lim (sembilan dari kanan) dan Presiden Shaklee Antarabangsa, Bradford Richardson bersama sebahagian daripada penerima anugerah semasa Persidangan Kebangsaan Tahunan Shaklee di Pusat Konvensyen Sunway, Selangor, semalam.

KUALA LUMPUR 7 Jun - Pengeluar produk kesihatan, Shaklee Products (M) Sdn. Bhd. (Shaklee) optimis untuk menambah bilangan pengedar bagi meningkatkan keuntungan jualan sebanyak dua kali ganda menjelang 2015.

Presiden Shaklee Malaysia, Victor Lim berkata, pihaknya positif dengan perkembangan syarikat jualan langsung itu yang sudah bertapak di negara ini dalam tempoh lebih sedekad.

"Pada tahun lepas, kami mencatatkan pertumbuhan jualan seba nyak 1,000 peratus sejak 2008 dan untuk tahun 2015, kami menjangkakan peningkatan dua kali ganda mengatasi tahun lalu.

"Hal ini berikutan ramai yang menjadikan perniagaan jualan langsung sebagai sumber pendapatan sampingan kerana efisien dari segi kos, fleksibel dan tidak melibatkan risiko serta memerlukan modal yang minimum," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam persidangan kebangsaan tahunan Shaklee di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid di sini hari ini.

Yang turut hadir Presiden Antarabangsanya, Bradford Richardson; Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Shaklee Coorporation, Roger Barnett dan kira-kira 4,000 ahli dari seluruh negara.

Dalam majlis sama, Shaklee turut melancarkan produk baharu untuk menurunkan kadar koles trol secara semula jadi yang di sempurnakan Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Sains Shaklee, Dr. Bruce Daggy.

Produk yang dinamakan Phytocol-ST itu dapat membantu melin dungi pengguna daripada penyakit kardiovaskular yang menjadi pembunuh nombor satu dalam kalangan rakyat negara ini.

Sementara itu, kira-kira 1,000 ahli Shaklee menerima anugerah atas kejayaan serta pencapaian masing-masing dalam rangkaian penjualan produk kesihatan berke naan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.