saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 11/06/2014

WH Distripark bekerjasama dengan Malaysian Bio-Xcell

MUKHRIZ Mahathir (dua dari kiri) melakukan lawatan ke kompleks pejabat Bio-Xcell Malaysia di Nusajaya, Johor, semalam. - UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN

NUSAJAYA 10 Jun - Syarikat WH Distripark Sdn. Bhd. menjalin kerjasama dengan Malaysian Bio-XCell bagi membangunkan bio-logistik yang pertama di Iskandar Malaysia, dengan nilai pelaburan sebanyak RM150 juta.

Pengerusinya, Datuk Meer Sadik Habib berkata, hab biologistik itu akan dibangunkan di atas tapak seluas empat hektar di Bio-XCell Techonolgy Park, Nusajaya dan dijangka siap sepenuhnya menjelang pertengahan 2016.

Beliau berkata, projek pembangunan hab ini akan dimulakan dalam masa terdekat dan akan dibangunkan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh dua tahun.

"Kami yakin pembukaan hab ini dapat memenuhi keperluan pasaran tempatan dan Asia kerana lokasinya yang strategik terletak berhampiran pelabuhan dan lapangan terbang," katanya pada majlis pertukaran dokumen antara WH Distripark Sdn. Bhd. dan Malaysian Bio-XCell di Bio-XCell Biotechnology Park, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir; Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), A. Rahim Nin dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Bio-XCell, Rizatuddin Ramli.

Meer berkata, hab berkenaan menyediakan ruang penyimpanan yang dibina khas mengikut permintaan dan kehendak pelanggan dengan kawalan sistem keselamatan berteknologi tinggi bersesuaian dengan keperluan ekosistem industri bioteknologi.

"Hab ini menyediakan kemudahan gudang yang dibina mengikut permintaan dan keperluan pelanggan bagi memastikan produk mereka terjaga rapi.

"Kedudukan hab ini yang terletak berhampiran pelbagai syarikat berasaskan teknologi multinasional menjadikannya sebagai penyedia logistik yang dapat memenuhi keperluan ekosistem industri ini," katanya.

Sementara itu, Rizatuddin berkata, hab berkenaan secara tidak langsung dapat memudahkan para pelanggan mereka menambah baik sistem logistik masing-masing yang lebih efisien.

Menurutnya, perkhidmatan yang ditawarkan itu menyediakan penyelesaian rangkaian ekosistem bagi industri bio-farmasi dan bio-industri dalam satu kawasan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.