saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 28/06/2014

Indocafe sasar 10 peratus pertumbuhan jualan

JENNY Yee (kiri) dan Dr. Goh Eng Meng (tiga dari kanan) menyampaikan hadiah utama kepada Suzana Md. Sasi (dua dari kiri) dan pemenang lain dalam peraduan sempena ulang tahun ke-20 Indocafe di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 27 Jun - Regal Marketing dan Trading Sdn. Bhd., syarikat pemasaran jenama Indocafe di Malaysia mengunjurkan pertumbuhan jualan 10 peratus jenama kopi tersebut pada tahun ini.

Pengurus Besarnya, Jenny Yee Jeng Ee berkata, pertumbuhan tersebut didorong oleh pemasaran yang lebih agresif terutamanya dalam pengiklanan digital bagi menarik golongan muda terhadap jenama tersebut.

Dalam segmen kopi segera di negara ini ujar beliau, Indocafe yang diimport dari Indonesia merupakan antara lima jenama kopi yang terlaris.

"Sasaran kami adalah untuk meningkatkan penguasaan pasaran di Malaysia dan menjadi Indocafe sebagai jenama kopi yang digunakan setiap isi rumah di negara ini.

"Bagi mengembangkan jenama ini lagi, tahun depan kami akan memperkenalkan produk baharu iaitu kopi campuran premium yang dijangka bakal menarik minat pengemar kopi," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian hadiah peraduan sempena ulang tahun ke-20 di Malaysia, yang disempurnakan oleh Pengarah syarikat, Dr. Goh Eng Meng di sini hari ini.

Yee berkata, syarikat belum bercadang untuk membuka kilang di Malaysia dan cabaran yang terpaksa dihadapi syarikat termasuk kenaikan harga kopi yang semakin meningkat setiap tahun.

"Awal tahun lalu, kami sudah pun menaikkan harga dan kami tidak bercadang untuk menaikkan lagi harga buat masa ini.

"Antara cara yang kami lakukan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan memperkenalkan pek promosi iaitu 100 peket dalam satu pek pada harga yang lebih berpatutan," ujarnya.

Ketika ini, Indocafe sudah mempunyai lebih 20 produk minuman kopi di pasaran dan produk Coffeemix merupakan penyumbang utama kepada jualan syarikat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.