saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 06/08/2014

Penswastaan MAS bukan langkah terbaik - NUFAM

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) menyifatkan cadangan penswastaan Malaysia Airlines (MAS) bukan satu langkah terbaik dalam menyelesaikan kemelut kewangan yang dihadapi syarikat penerbangan nasional itu.

Presidennya, Ismail Nasaruddin berkata, cadangan tersebut hanya akan memberi kesan lebih buruk kepada kakitangan MAS ekoran langkah pengurusan baharu yang berkemungkinan besar akan mengurangkan kos ke atas pekerja.

Katanya, situasi demikian secara tidak langsung akan menggugat keyakinan dan motivasi pekerja terhadap syarikat yang turut mene-rima kesan psikologi ekoran tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh dan kehilangan MH370 dalam tempoh selang empat bulan.

Namun ujarnya, sebagai syarikat penerbangan nasio-nal, MAS masih memerlukan sokongan kerajaan supaya dapat terus bergerak ke hadapan dan bersaing dengan syarikat penerbangan yang lain.

"Bagaimanapun, saya tetap melihat cadangan penswastaan ini dari sudut positif dan negatif. Yang bagusnya jika dengan langkah ini, pengurusan baharu dapat mengekalkan kos pekerja sedia ada dan tidak beri kesan kepada mereka. Ini juga termasuk penilaian ke atas tender-tender sedia ada dan akan datang," katanya kepada Utusan Malaysia pada Majlis Rumah Terbuka Kesatuan dan Persatuan Sekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Azman Mohamad; Naib Yang Dipertua Persa-tuan Eksekutif TNB, Mohd. Amran Abdul Rahman; Setiausaha Agung Persatuan Eksekutif TNB, Ir. Harriezan Ahmad dan Presiden Kesatuan Pegawai-Pegawai Rendah TNB, Mohd. Roszeli Majid.

Pada majlis itu, kesatuan TNB turut menyerahkan wang kutipan berjumlah RM2,580 kepada NUFAM untuk diserahkan kepada waris krew MH370 dan MH17.

Berikutan tragedi yang menimpa pesawat MH370 dan MH17 milik MAS, terdapat beberapa cadangan daripada pihak-pihak tertentu dalam usaha untuk memulihkan semula imej syarikat penerbangan itu. Satu daripadanya ialah cadangan penswastaan MAS yang kembali disuarakan ekoran tragedi pesawat MH370 yang masih hilang sehingga kini.

Menurut Ismail, kerajaan tidak perlu tunduk kepada sebarang cadangan atau desakan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu berkenaan isu MAS sebaliknya perlu mencari punca dan sebab kerugian yang ditanggung oleh syarikat penerbangan itu.

"Tanpa bantuan dari kerajaan juga akan menjadi satu masalah. MAS adalah satu syarikat penerbangan nasional yang mempunyai identiti tersendiri dan kita tidak boleh jatuhkan MAS sesuka hati," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pemulihan MAS boleh dilakukan dengan perubahan secara dalaman dengan menilai semula punca masalah yang menyebabkan kerugian syarikat itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.