saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 16/10/2014

Lantik menteri khusus jaga usahawan

Badruddin Abu Bakar

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Kementerian Pembangunan Usahawan (MeCD) perlu diwujudkan kembali dengan diterajui oleh seorang menteri penuh dan bukannya menerusi sebuah badan atau jabatan yang diletakkan di bawah kementerian tertentu atau Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Presiden Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia, Datuk Badruddin Abu Bakar berkata, cadangan penubuhan sebuah jabatan khusus untuk menjaga usahawan bumiputera sekiranya MeCD tidak diwujudkan kembali adalah tidak bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk mencapai 30 peratus penglibatan bumiputera dalam bidang keusahawanan.

Katanya, keadaan itu hanya akan menyebabkan usahawan bumiputera berdepan dengan pelbagai masalah seperti mana yang berlaku ketika ini apabila banyak institusi diwujudkan tetapi mempunyai matlamat yang kurang jelas.

Malah jelas beliau, lebih memburukkan keadaan, terdapat beberapa unit di bawah kementerian tertentu turut berdolak-dalik tentang peranan masing-masing sehingga menyebabkan ada usahawan terpaksa berulang-alik dari satu tempat ke tempat semata-mata untuk mendapatkan sesuatu maklumat.

"Perlu ada satu kementerian dan menteri bertaraf penuh yang bertanggungjawab menjaga usahawan-usahawan bumiputera ini supaya dapat menyelesaikan banyak masalah dan lebih penting lagi agenda pemerkasaan bumiputera dapat mencapai objektifnya.

"Bagi saya, sekiranya pergerakan usahawan dapat meningkat tiga peratus setahun, ini sudah cukup bagus kepada pembangunan ekonomi negara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang cadangan mewujudkan kembali MeCD yang disuarakan Presiden Generasi Muda Berjaya (GMB), Agil Faisal Ahmad Fadzil yang berpendapat usahawan bumiputera perlu mempunyai entiti penggerak memperjuangkan nasib mereka sama ada membabitkan isu modal, pembiayaan kewangan mahupun pemasaran produkke luar negara.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Sabah, Datuk Awang Sham Amit berkata, kerajaan masih belum terlambat untuk memperbaiki keadaan bagi mengelakkan usahawan bumiputera terus terpinggir.

Bagaimanapun katanya, jika cadangan penubuhan itu tidak mampu dilaksanakan, sebuah badan yang diwujudkan harus memainkan peranan seperti mana MeCD dengan meletakkan institusi-institusi berkaitan di bawah satu bumbung.

"Kita bimbang sekiranya tiada satu badan atau kementerian khusus untuk menjaga usahawan bumiputera ini, segala insentif dan bantuan tidak sampai kepada golongan sasaran sehingga ada yang tidak berpeluang menikmati segala kemudahan yang disediakan kerajaan," ujarnya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi, Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (Petekma), Mohd. Syahril Abdul Aziz pula melihat kewujudkan MeCD dapat membela nasib golongan pengusaha teksi di Malaysia.

Sebelum ini, katanya, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dipantau sepenuhnya oleh MeCD dan apabila dibubarkan, pengusaha teksi diletakkan di bawah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menerusi JPM.

"Banyak isu berkaitan pengusaha teksi boleh diselesaikan memandangkan aktiviti pemantauan dan keperluan kenaikan harga tambang dipantau oleh LPKP menerusi kementerian ini. Bagi saya, nasib pemandu teksi lebih baik dengan adanya satu badan khas yang menjaga kami dulu berbanding sekarang," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.