saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 16/10/2014

Bank Rakyat unjur pembiayaan naik 7%

NIK Mohd. Nasir Nik Rithauddeen (kanan) bersama Abu Bakar Sidek ( kiri) dan Ahmad Suhaimee Mohd Yassin pada majlis sidang akhbar Persidangan Kewangan Islam Antarabangsa sempena Ulang Tahun Bank Rakyat ke-60 di Wisma Bank Rakyat di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Bank Rakyat mengunjurkan pertumbuhan pembiayaan antara enam hingga tujuh peratus pada tahun ini yang sebahagian besarnya akan dipacu oleh pembiayaan runcit.

Ketua Pegawai Perkhidmatan Korporatnya, Nik Mohd. Nasir Nik Rithauddeen berkata, pembiayaan bagi bank tersebut dijangka meningkat lebih tinggi lagi pada tahun depan.

"Penyumbang utama bagi pertumbuhan pembiayaan Bank Rakyat adalah daripada perniagaan runcit dan pertumbuhan bagi tahun ini disasarkan sehingga enam ke tujuh peratus," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai Persidangan Perbankan Islam Antarabangsa (IIBC) di Menara Bank Rakyat di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Operasi Akademi Kajian Syariah Antarabangsa untuk Kewangan Islam (ISRA), Abu Bakar Sidek dan Ketua Pegawai Perbankan Runcit Bank Rakyat, Ahmad Suhaimee Mohammed Yassin.

IIBC yang diadakan sempena ulang tahun ke-60 Bank Rakyat itu dianjurkan dengan usahasama ISRA dan berlangsung pada 27 dan 28 Oktober ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dengan tema Perbankan Islam, Merentasi Asas.

Nik Mohd. Nasir berkata, pihaknya telah membelanjakan sebanyak RM1 juta untuk menganjurkan persidangan terbabit bagi mengumpulkan bahan-bahan kajian dan juga kos-kos lain.

Katanya, lebih 600 peserta yang terdiri daripada pembuat dasar, pengamal dan ahli akademik dalam bidang perbankan terutamanya perbankan Islam akan menghadiri persidangan tersebut.

"Kami berharap dengan hasil yang diperoleh dalam persidangan ini nanti, kami akan mendapat idea untuk mewujudkan produk-produk baharu dalam perbankan syariah supaya dapat memberi lebih banyak pilihan kepada rakyat," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:00
Asar 4:19
Maghrib 6:59
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.