saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 16/10/2014

Pembesaran Sama Jaya bernilai RM71j

Julaihi Narawi (kanan) diberi taklimat oleh Liaw Soon Eng dan Isabel Kow Soek Foon semasa melawat kilang Comtec Solar di Kuching, baru-baru ini. - utusan/ TAKSU ZACHARIA

KUCHING 15 Okt. - Projek pembesaran kawasan Perindustrian Sama Jaya bernilai RM71 juta yang meliputi kawasan seluas 125 hektar di sini, diyakini mampu menarik lebih banyak syarikat asing membuka pelaburan di negeri ini.

Kerja-kerja pembinaan yang dijalankan oleh syarikat Empayar Setia Sdn. Bhd., kini sudah 22.8 peratus siap merangkumi penambakan tanah dan penyediaan infrastruktur seperti jalan raya dan sistem perparitan.

Menteri Muda Pembangunan Industri (Promosi dan Pelaburan) negeri, Datuk Julaihi Narawi berkata, sudah ada beberapa syarikat pelabur asing menyatakan minat untuk membuka pelaburan di kawasan pembangunan baharu tersebut.

"Ini (tawaran pelaburan asing) adalah petanda positif dan kemasukan pemain baharu dalam sektor perindustrian berat akan menjadi pemangkin kepada pembangunan lebih hebat di Sarawak," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa mengadakan lawatan ke kilang Comtec Solar International (Malaysia) Sdn. Bhd. (Comtec Solar), di sini semalam.

Yang turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Industri, Datuk Liaw Soon Eng.

Kilang Comtec Solar yang mempunyai nilai pelaburan sebanyak RM1.3 bilion kini dalam fasa pertama pembinaan. Apabila siap sepenuhnya pada Jun tahun depan, Comtec Solar bakal menjadi kilang terbesar yang mengeluarkan komponen solar di dunia. Pembinaan kilang itu turut membuka 1,300 peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan di negeri ini.

Comtec Solar yang beribu pejabat di Zon Perindustrian Nanhui, Shanghai, China, kini sudah mula beroperasi dengan kapasiti 396.9 megawatt (MW). Aktiviti utama kilang tersebut ialah menghasilkan komponen solar `monocrystalline' yang berkualiti dengan kesan efisien tinggi.

Comtec Solar menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam penghasilan batang logam super mono jenis 'N' dan telah mengikat perjanjian jangka panjang bersama sebuah syarikat pembikinan solar terbesar dunia, Mission Solar melibatkan pembekalan kira-kira 500MW bahan tersebut.

Mengulas lanjut, Julaihi berkata, pencapaian kawasan Sama Jaya sebagai hab industri amat memberangsang apabila mampu menyediakan 7,370 peluang pekerjaan kepada penduduk negeri ini.

"Setakat suku pertama tahun ini, sebanyak 16 syarikat pelaburan utama di sini telah berjaya menghasilkan produktiviti bernilai RM628 bilion dan angka dicatatkan itu dijangka meningkat apabila kawasan baharu dibuka nanti," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:21
Asar 4:21
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.