KORPORAT
ARKIB : 16/10/2014
MyCC ulangi amaran terhadap penetapan harga
KUALA LUMPUR 15 Okt. - Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) memberi amaran kepada operator bas supaya menentukan harga tambang bas secara bebas dan tidak menetapkan struktur-struktur tambang bas bersama kerana bertentangan dengan Seksyen 4 Akta Persaingan 2010.
Pengerusinya, Tan Sri Siti Norma Yaakob (gambar) berkata, jika sesebuah perusahaan didapati bersalah atas pelanggaran akta, MyCC boleh mengenakan penalti sehingga 10 peratus pendapatan sedunia perusahaan tersebut sepanjang tempoh pelanggaran akta ataupun mengenakan mana-mana arahan lain yang dianggap sesuai.
Katanya, tindakan itu bagi memastikan Akta Persaingan 2010 dipatuhi oleh persatuan dan perusahaan perniagaan pada masa akan datang.
"Kenaikan harga bukanlah satu amalan antipersaingan, namun jika kenaikan harga tersebut merupakan hasil daripada pakatan melalui perjanjian-perjanjian penetapan harga oleh mana-mana persatuan atau mana-mana kumpulan penjual, pembekal atau pengeluar, kegiatan seperti kartel ini ialah satu pelanggaran yang serius di bawah akta," katanya dalam kenyataan di sini.
MyCC mengeluarkan amaran itu ekoran keputusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk menyahkawal tambang bas sekolah.
Langkah tersebut berikutan pengumuman Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia, Md Saad Mohamad, mengenai struktur baharu tambang persekutuan tersebut, perlakuan yang mungkin merupakan pelanggaran Akta Persaingan 2010 ('Akta').
Seksyen 4 daripada Akta melarang perusahaan, termasuk persatuan, dari menetapkan, secara langsung atau tidak langsung suatu harga belian atau jualan atau apa-apa syarat perdagangan yang lain bagi pembelian barangan dan perkhidmatan.
Dengan penyahkawalan struktur tambang bas sekolah, pengendali-pengendali bas sekolah tidak akan terikat kepada satu struktur tambang tetap lagi tetapi bebas menentukan anggaran tambang masing-masing berdasarkan kos operasi mereka sendiri.
Baru-baru ini kes penetapan harga yang disiasat oleh MyCC ialah Persatuan Bakeri dan Manisan Sibu yang menaikkan harga manisan dan produk-produk bakeri secara kolektif.
Pada 30 September lalu, MyCC mengeluarkan cadangan penalti bernilai RM439,000.00 kepada 24 anggota persatuan tersebut yang didapati mengambil bahagian dalam perjanjian penetapan harga.
Orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kelakuan oleh persatuan dan perusahaan perniagaan yang sedang atau telah melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti penetapan harga perlu menghubungi MyCC di 03-2273 2277 atau melalui e-mel di [email protected]
Lembah Sari terima kontrak secara tender terbuka
Bank diminta bantu pembeli rumah pertama
Proton mahu kukuh perkhidmatan selepas jualan
UDA dan Tradewinds bangun semula BB Plaza
SME Factors mahu kembang perniagaan ke Sri Lanka
Malindo Air mula penerbangan Ipoh-Jb, Ipoh-Medan
AIA perkenal perkhidmatan Med-Ekspress
Belum berpuas hati - Badlisham
Syarikat bumiputera digalak majukan tanah rizab
Aplikasi pintar PruBSN UmmahLink
TNB tidak pernah iktiraf alat jimat elektrik
Sektor pembinaan guna MyCESMM
Pizza Hut sedia laksana GST
Philips Group mahu bekerjasama dengan kerajaan
Iskandar catat pelaburan RM10b S3
KLIA terima pendaratan pesawat B787 Dreamliner pertama milik Royal Jordanian
Harga baharu Toyota Altis
T'Shoppe Durian Burung contoh perniagaan runcit paling berjaya di Terengganu
31 syarikat disaman tiru rekaan Chuck Taylor
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












