saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 17/10/2014

Syarikat bumiputera digalak majukan tanah rizab

ABDUL WAHID

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Syarikat bumiputera digalakkan untuk terus membangunkan tanah rizab Melayu bagi meningkatkan keupayaan ekonomi mereka dalam sektor hartanah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, usaha sedemikian sewajarnya menjadi mekanisme utama dalam mengoptimumkan nilai dan penggunaan tanah rizab Melayu demi manfaat semua pihak berkepentingan.

Katanya, kejayaan beberapa projek pembangunan tanah rizab Melayu di Lembah Klang terutama sekitar kawasan Bukit Kiara boleh membuka mata kepada pihak lain untuk sama-sama membangunkan tanah rizab Melayu bukan sahaja pembangunan rumah kediaman tetapi juga berbentuk komersial.

Menurut beliau, terdapat beberapa tanah rizab Melayu di sekitar Kajang, Cheras dan Rawang, Selangor yang memiliki potensi yang baik untuk dibangunkan.

"Tanah ini perlu dipertimbangkan bagi pajakan untuk melaksanakan pembangunan kerana dengan potensi yang ada dapat memberi nilai kepada tanah rizab Melayu ini, terutama kepada tuan tanah yang tiada kemampuan teknikal dan kewangan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi pembangunan Hospital Pakar Damansara KPJ melibatkan Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), Nadayu Properties Berhad dan KPJ Healthcare Berhad di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi PHB, Tan Sri Md. Nor Yusof; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation merangkap Pengerusi KPJ Healthcare Berhad, Datuk Kamaruzzaman Abu Kasim; Pengerusi Eksekutif Nadayu Properties Berhad, Hamidon Abdullah; Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PHB, Datuk Kamarul Arifin Othman dan Presiden merangkap KPJ Healthcare Berhad, Datuk Amiruddin Abdul Satar.

Menurut Abdul Wahid, pembangunan hospital pakar di tanah rizab Melayu di Sungai Pencala itu bukan sahaja meningkatkan nilai harga tanah tetapi memberi impak positif kepada pembangunan ekonomi setempat.

Dalam pada itu, beliau berkata, Malaysia kini bergerak ke arah zon selamat apabila defisit fiskal negara dijangka menyusut di bawah 3.5 peratus tahun hadapan.

Ini berikutan daripada langkah kerajaan untuk mengurangkan defisit fiskal kepada tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2015 dan mencapai bajet berimbang pada 2020 untuk mencapai kemampanan fiskal.

"Negara mampu bergerak ke zon selamat apabila sebelum ini mencapai desifisit fiskal di bawah tujuh peratus pada 2009 dan kemudiannya menyusut sehingga 3.5 peratus tahun ini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:21
Asar 4:21
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.