saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 17/10/2014

Aplikasi pintar PruBSN UmmahLink

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Prudential BSN Takaful Bhd. (PruBSN) mahu lebih banyak penyerahan borang langganan takaful dilakukan menerusi aplikasi mudah alih pintar terutamanya daripada produk baharunya, PruBSN UmmahLink.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azim Mithani berkata, setakat ini, 70 peratus daripada serahan borang baharu yang diterima pihaknya adalah menerusi mudah alih pintar, manakala selebihnya menerusi serahan kaunter.

Katanya, hal ini membuktikan teknologi semakin berkembang pesat, penting dan memberi manfaat yang optimum kepada para pelanggan.

"PruBSN memperkenalkan medium baharu untuk urusan perniagaan iaitu menerusi mudah alih pintar ini sejak Disember tahun lalu dan sehingga September lalu menerima lebih 9,000 serahan borang menerusi platform berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran PruBSN UmmahLink dan aplikasi telefon pintar baharu, PruBSN Insan yang mempunyai pelbagai keistimewaan termasuk waktu solat, arah kiblat dan surah-surah terpilih di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Pemasaran PruBSN, Nor Azman Zainal dan Ketua Pegawai Pengagihan PruBSN, Shahrul Azlan Shahriman.

PruBSN memperkenalkan dimensi baharu produk pelan takaful berasaskan pelaburan, PruBSN UmmahLink yang menggabungkan perlindungan, simpanan dan pelaburan dalam satu pelan.

Produk baharu ini juga dapat menawarkan kemudahan badal haji jika berlaku kematian kepada pemegang sijil takaful tersebut.

Satu daripada ciri unik produk baharu ini adalah memiliki instrumen simpanan yang boleh diubah suai dengan menyediakan simpanan dan bayaran tunai setiap dua tahun serta potensi pulangan pelaburan melalui rangkaian dana berkaitannya.

Bayaran tunai bermula dari RM500 sehingga maksimum RM10,000 bergantung kepada jumlah yang ditetapkan oleh pemilik sijil.

Tambah Azim, pemegang-pemegang sijil PruBSN UmmahLink turut layak menyertai siri cabutan bertuah Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional yang membolehkan pemegang-pemegang sijil memenangi kereta mewah dan tunai.

"Kadar premium minimum bagi PruBSN UmmahLink adalah RM150 sebulan dan tiada jumlah khusus untuk premium maksimum," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:21
Asar 4:21
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.