saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 17/10/2014

Pizza Hut sedia laksana GST

LOW Kang Moon bersama kakitangan Pizza Hut menunjukkan Pizza Hut "Big Double Box" yang di lancarkan di Kota Damansara Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAn/DJOHAN SHAHRIN SHAH

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Pizza Hut Restaurants Sdn. Bhd. (Pizza Hut) bersama lebih 20 vendor mereka sudah bersedia untuk berhadapan dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Pengurus Besar Kanannya, Low Kang Moon berkata, syarikatnya yang telah mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia mempunyai satu pasukan GST bagi memantapkan lagi persediaan mereka.

Katanya, Pizza Hut turut menjadikan negara luar yang melaksanakan sistem cukai berkenaan seperti Singapura sebagai rujukan mereka.

"Tidak dapat dinafikan GST bakal memberi sedikit impak kepada perniagaan dan pelanggan kami tetapi untuk memberi gambaran jelas tentang itu, ia masih terlalu awal.

"Seperti syarikat lain, kami yakin kesan berikutan pengenalan GST ini boleh dilihat dan dirasai selepas ia dilaksanakan pada April tahun hadapan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Big Double Box di sini hari ini. Turut hadir, Pengarah Urusan Pemasaran PHD Delivery Sdn. Bhd., Jerry Lu.

Pizza Hut sehingga kini mempunyai sebanyak 340 cawangan di seluruh Malaysia merancang untuk menambah kira-kira empat lagi cawangan menjelang akhir 2014.

Big Double Box memberi peluang kepada pelanggan untuk menikmati dua jenis piza saiz biasa pada harga RM30 dan dua piza saiz besar (RM48).

Di samping itu, Pizza Hut menawarkan dua hidangan sup secara percuma bagi setiap pembelian Big Double Box (untuk waktu terhad sahaja).

Pizza Hut juga memberi pelanggan peluang untuk memenangi dua tiket ke perlawanan Manchester United apabila mereka membeli Big Double Box dan sebotol minuman isotonik Revive bersaiz 1.5 liter. Mereka yang berminat bagi menyertai peraduan tersebut perlu memesan Big Double Box secara dalam talian.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.