saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 17/10/2014

Iskandar catat pelaburan RM10b S3

JOHOR BAHRU 16 Okt. - Iskan­dar Malaysia mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM10 bilion untuk suku ketiga (S3) 2014 menjadikan pelaburan terkumpul sejak 2006 melonjak kepada RM156.35 bilion.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak RM77.17 dibelanjakan untuk merealisasikan projek-projek pembangunan.

Beliau yang juga Pengerusi Bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) berkata, para pelabur tempatan dan luar negara berpuas hati dengan pelaburan Iskandar Malaysia yang dilihat semakin berkembang.

"Kita akan terus mencari peluang untuk menarik minat lebih ramai pelaburan bagi menggalakkan perkembangan sektor-sektor untuk memastikan kualiti hidup rakyat di Iskandar Malaysia meningkat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Eksekutif IRDA, Datuk Ismail Ibrahim berkata, industri kreatif terus berkembang pada suku ketiga dengan pelaburan baharu oleh Astro Production Sdn. Bhd. (APSB) menerusi penubuhan Pinewood Iskandar Malaysia.

"Lokasi Iskandar Malaysia yang terletak tidak jauh dari Singapura menjadi nilai tambah kepada APSB untuk menarik minat produksi antarabangsa yang berpangkalan di republik itu. Selain itu, industri kecil dan sederhana (IKS) di Iskandar Malaysia turut mendapat faedah daripada perjanjian lima tahun dengan APSB," katanya dalam kenya­taan yang sama.

Daripada jumlah pelaburan yang dicatatkan sejak 2006, RM98.85 bilion adalah pe­la­buran domestik, manakala RM57.49 bilion datangnya daripada pelabur asing.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.