saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 17/10/2014

31 syarikat disaman tiru rekaan Chuck Taylor

KASUT Converse rekaan Chuck Taylor dipamerkan di sebuah pusat beli-belah di Miami, Florida, Amerika Syarikat. - AFP

NEW YORK 16 Okt. - Pengeluar kasut terkemuka Amerika Syarikat, Converse mengeluarkan saman terhadap 31 buah syarikat yang didakwa meniru rekaan kasut terkenal Chuck Taylor ke­luarannya.

Ketua Eksekutif Converse, Jim Calhoun berkata, syarikat tersebut dilaporkan memfailkan tindakan undang-undang terhadap peruncit besar seperti Wal-Mart dan Ralph Lauren.

Tindakan undang-undang yang difailkan di New York itu juga dikenakan ke atas syarikat-syarikat yang berpangkalan di Kanada, Australia, Itali, China dan Jepun.

Anak syarikat Nike itu juga mahu Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa mengharamkan import dan jualan kasut tersebut.

"Kami menyambut baik persaingan yang adil, tetapi pada masa yang sama percaya syarikat lain tidak mempunyai hak untuk meniru rekaan ikonik Chuck Taylor," katanya yang dilaporkan oleh BBC di sini hari ini.

Populariti kasut 'sneaker' Chuck Taylor meningkat sejak diperkenalkan di gelanggang bola keranjang Amerika Syarikat pada tahun 1917.

Converse berkata, pihaknya telah menjual sebanyak satu bilion pasang kasut di seluruh dunia dan telah membelanjakan lebih AS$100 juta (RM327 juta) bagi tujuan pengiklanan.

"Kami juga telah mengeluarkan surat kepada penjual untuk menghentikan pengeluaran kasut yang hampir serupa dengan Chuck Taylor dalam tempoh enam tahun yang lalu sebagai langkah melindungi jenama ini," katanya. - AGENSI

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:21
Asar 4:21
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.