saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 18/10/2014

Bank diminta bantu pembeli rumah pertama

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Pengumuman Skim Perumahan Belia dalam Bajet 2015 dijangka dapat menambah kapasiti pembeli rumah berharga di bawah RM500,000.

Pengarah Urusan Kumpulan Glomac Berhad (Glomac), Datuk Seri FD Iskandar FD Mansor sehubungan itu berharap, institusi kewangan memainkan peranan bagi membantu pembeli rumah pertama memiliki hartanah selaras dengan hasrat kerajaan menerusi pelaksanaan skim berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya sebelum ini terpaksa menangguhkan pelancaran projek-projek utama dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berikutan kesukaran pembeli untuk mendapatkan pembiayaan perumahan.

"Perkembangan itu menyebabkan syarikat mengunjurkan perolehan yang mendatar bagi tahun kewangan semasa berakhir 30 April 2015," katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan Glomac di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2015 mengumumkan penubuhan Skim Perumahan Belia secara perkongsian pintar di antara kerajaan, Bank Simpanan Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Cagamas.

Skim tersebut menawarkan pemilikan rumah pertama yang bernilai tidak melebihi RM500,000 kepada belia berkahwin berumur 25 hingga 40 tahun serta mempunyai pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan.

Sementara itu, FD Iskandar berkata, Glomac menyasarkan untuk membangunkan perbandaran baharu di Kulaijaya, Johor iaitu tanah yang baharu diambil alihnya dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM750 juta pada Mac tahun depan.

Katanya, pembangunan tersebut terletak dua kilometer (km) dari Johor Premium Outlet dan dua fasa pertama bagi pembangunan tersebut akan melibatkan pembangunan rumah mampu milik depan konsep baharu.

"Kami sedang mengkaji pembangunan yang telah pun dilaksanakan di Greater KL tetapi bukan dari segi kadar harga di Johor. Pembangunan ini akan melibatkan kediaman mampu milik atas tanah.

"Ketika ini kami masih lagi menunggu Kebenaran Merancang (KM) yang sudah berada di peringkat akhir. Kami berharap akan mendapat kebenaran pada hujung tahun ini dan melancarkan projek itu pada Mac akan datang," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:21
Asar 4:21
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.