saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 18/10/2014

Proton mahu kukuh perkhidmatan selepas jualan

PROTON Iriz dijangka meningkatkan jualan Proton, sekali gus membuatkan syarikat kereta nasional itu memperkukuhkan perkhidmatan selepas jualannya.

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd. (Proton) akan memperbaharui perkhidmatan selepas jualannya seiring dengan usaha mereka untuk meningkatkan keyakinan pasaran dan jualan model-model Proton.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn. Bhd., Norzahid Mohd. Zahudi berkata, syarikat akan menyediakan kualiti perkhidmatan yang tidak pernah ditawarkan sebelum ini.

Katanya, pengguna atau pelanggan Proton boleh merasai peningkatan tahap perkhidmatan tersebut dalam tempoh satu hingga dua suku tahun lagi.

"Seiring dengan langkah kami untuk memperkenalkan model yang boleh dieksport, perkhidmatan selepas jualan juga perlu menepati piawaian antarabangsa. Kami akan melaksanakan beberapa langkah untuk menaikkan tahap perkhidmatan," katanya semasa sesi uji pandu model Iriz bersama media di Pulau Pinang, kelmarin.

Beliau merujuk kepada model terbaharu Proton, Iriz yang baharu dilancarkan 25 September lalu. Proton menjangka model tersebut mempunyai potensi untuk dipasarkan ke negara asing.

Norzahid baru dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar pada 1 Oktober lalu. Beliau sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Operasi NAZA Quest Sdn. Bhd., iaitu pengedar jenama Chevrolet di Malaysia.

Dalam pada itu, sehingga Selasa lalu, Proton Iriz telah menerima 21,000 tempahan.

Norzahid berkata, agak mengejutkan varian termahal iaitu 1.6L Premium CVT menerima tempahan antara yang tertinggi iaitu sekitar 33 peratus daripada keseluruhan tempatan yang diterima.

"Ini disebabkan model ini mendapat perhatian daripada golongan profesional dan penduduk bandar. Kami menjangka lebih banyak tempahan diterima selepas ini khususnya menjelang perayaan Tahun Baru Cina pada awal 2015," katanya.

Sementara itu katanya, Proton terus berusaha mencari penyelesaian bagi membantu pembeli mendapatkan pinjaman bank untuk membeli Iriz, melalui kerjasama erat dengan bank.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.