saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 18/10/2014

UDA dan Tradewinds bangun semula BB Plaza

KUALA LUMPUR 17 Okt. - BB Plaza di Bukit Bintang di sini bakal tampil dengan wajah baharu dan moden apabila UDA Holdings Bhd. (UDA) dan Tradewinds akan membangunkan semula kompleks beli-belah itu selaras dengan kemajuan pembangunan ibu kota dan pertumbuhan ekonomi negara yang pesat.

UDA berkata, persekitaran BB Plaza pada waktu ini sedang mengalami evolusi yang drastik sehingga landskap sekelilingnya berubah pantas selain menjadi kejiranan ultra-moden yang sesuai dengan gaya hidup semasa rakyat di negara ini.

Pembangunan semula itu, kata UDA, selaras dengan kewujudan bangunan-bangunan pencakar langit mewah dan pusat peruncitan terkenal seperti The Pavillion, Lot 10, Sungai Wang Plaza dan Berjaya Times Square.

"Seiring dengan evolusi ini, BB Plaza juga harus dilakukan perubahan agar dapat terus berdaya saing. Ini juga sejajar dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang akan menjadikan Kuala Lumpur dan Lembah Klang sebagai penjana ekonomi utama Negara," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah UDA, dengan usahasama strategik bersama Tradewinds, pelan pembangunan semula BB Plaza ini akan merangkumi pembinaan ruang komersial, apartmen perkhidmatan dan juga pusat beli-belah di mana UDA akan turut mengurus dan mengawal selia.

Syarikat itu memberitahu, pembangunan semula ini akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan.

Sehubungan itu, UDA juga berusaha menyelesaikan beberapa isu dengan para penyewa untuk mengosongkan dan membantu pemindahan mereka pada penghujung tahun ini.

"Di antara usaha-usaha UDA termasuklah mengadakan beberapa pertemuan dengan para penyewa bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan pihak pengurusan Transit Aliran Massa (MRT) seawal Julai 2012 lagi.

"Pada masa itu, para penyewa juga telah meminta untuk berurusan secara langsung dengan pihak MRT berikutan pembinaan MRT yang telah menjejaskan perniagaan para penyewa tersebut.

UDA juga memberi pengurangan sewaan sebanyak 20 peratus sehingga kini, malah ada penyewa yang masih banyak tertunggak bayaran sewa bulanan.

Notis terakhir perpindahan telah pun berkuat kuasa selama 12 bulan bermula dari Januari ke Disember 2014 dan perkara ini telah dimaklumkan kepada semua penyewa oleh UDA pada September 2013. Para peniaga yang layak di alu-alukan untuk menyewa ruang komersial di Pudu Sentral atau Pertama Kompleks.

Menurut UDA lagi, BB Plaza kini usang dan kurang selamat untuk didiami kerana kerja-kerja bawah tanah pembinaan MRT sedang dilaksanakan. Pihak pengurusan UDA juga akan berpindah ke Pertama Kompleks secara berperingkat dan dijangka proses pemindahan itu selesai sepenuhnya pada akhir tahun ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.