saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 18/10/2014

Malindo Air mula penerbangan Ipoh-Jb, Ipoh-Medan

PENUMPANG penerbangan pertama kapalterbang Malindo Air dari Lapangan Terbang Subang yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh, di sini hari ini. Gambar Digital: Zulkarnain Mohd. Saidin Wartawan khairul Utusan / sally Kosmo

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Syarikat penerbangan hibrid Malaysia, Malindo Air memulakan penerbangan dari Ipoh, Perak ke Johor Bahru, Johor dan Medan, Indonesia hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air Chandran Rama Murthy berkata, laluan itu menyusuli pelancaran penerbangan tiga kali seminggu Subang-Ipoh awal bulan ini.

Beliau berkata, pada masa ini Malindo Air menawarkan tambang promosi RM70 sehala termasuk semua untuk Ipoh-Medan, manakala tambang Ipoh-Johor Bahru pula serendah RM79 sehala termasuk semua. Penerbangan ke Medan adalah setiap hari, manakala ke Johor Bahru pula empat kali seminggu.

Katanya, penerbangan baharu ke Johor Bahru dan Medan dijangka dapat menggalakkan pergerakan lebih banyak penumpang di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah yang baru dinaik taraf.

"Pelaksanaan penerbangan dari Ipoh merupakan strategi kami untuk mengembangkan rangkaian laluan kami di Semenanjung Malaysia. Ipoh mempunyai banyak potensi dalam sektor pelancongan terutama ekopelancongan dan pelancongan perubatan.

"Selain itu, kami juga berpandangan dengan menghubungkan Ipoh dan Medan akan memacu industri pelancongan di kedua-dua bandar raya serta melonjakkan pembangunan ekonomi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang www.malindoair.com bagi membuat tempahan dalam talian dan pengguna telefon pintar pula boleh memuat turun aplikasi Malindo Air daripada Google Play.

Malindo Air merupakan syarikat penerbangan hibrid Malaysia yang pangkalan utamanya ialah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dan Subang Skypark di Selangor. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.