KOTA
ARKIB : 01/08/2012
Bisnes merosot sebab bina pagar

Sebahagian peniaga melahirkan rasa tidak puas hati berhubung tindakan pihak pengurusan bangunan mengeluarkan notis arahan berpindah pada sidang akhbar yang diadakan di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/MOHD. AZIM ABD. RAHMAN
KUALA LUMPUR 31 Julai - Kira-kira 20 peniaga Bumiputera di Kompleks Pertama di sini melahirkan rasa kecewa terhadap Uda Holdings Berhad, selaku pihak pengurusan bangunan di situ.
Ini berikutan mereka telah diarahkan mengosongkan premis berkenaan atas alasan gagal menjelaskan tunggakan sewa berjumlah antara RM20,000 hingga RM25,000.
Notis yang diterima awal bulan lalu meminta agar peniaga terlibat menjelaskan tunggakan dalam tempoh 15 hari daripada tarikh notis dikeluarkan.
Apa yang dikesal peniaga, pihak berkenaan tidak mahu menyiasat terlebih dahulu punca sebenar mereka tidak menjelaskan sewa bulanan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penyewa Melayu kompleks itu, Zainul Ahmad berkata, pihak berkenaan sepatutnya berbincang dengan peniaga terlebih dahulu memandangkan sepanjang 30 tahun berniaga di situ tiada masalah tunggakan sewa berlaku.
"Mereka perlu mengetahui mengapa secara tiba-tiba iaitu sejak enam bulan lalu perniagaan kami merosot sehingga 50 peratus dan tidak mampu menanggung kadar sewa berjumlah RM4,000 ke RM10,000 sebulan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Menurutnya, antara faktor menyebabkan pendapatan mereka merosot adalah kerana pembinaan pagar sepanjang kira-kira 100 meter di belakang kompleks itu.
"Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memasang pagar besi telah menghalang pejalan kaki yang menggunakan perkhidmatan bas masuk ke kompleks ini melalui Jalan Raja Laut.
"Ia secara terang menutup periuk nasi peniaga dan tindakan ini dianggap kurang bijak dan kami mohon penjelasan Datuk Bandar berhubung perkara ini," katanya.
Turut dipertikaikan tindakan DBKL menutup Jalan Semarang ketika waktu puncak sedangkan ia merupakan laluan utama untuk ke tempat meletak kenderaan kompleks itu.
"Kami akan menyerahkan memorandum kepada pihak berkenaan termasuk pihak berwajib dalam tempoh terdekat bagi meminta agar perkara itu diselesaikan segera,'' katanya.
Sementara itu, pengusaha kedai gambar, Redzuan Ahmad berkata, sejak beberapa tahun lalu, pihak pengurusan tidak pernah memikirkan cadangan untuk memajukan kompleks berkenaan sehingga ianya menjadi lengang.
"Tiada langsung promosi dibuat seperti karnival ketika 90-an dulu, kompleks kini sudah tidak bermaya terutamanya di bahagian belakang yang menempatkan kedai kami.
"Kami amat menyayangi premis yang disewa sejak lebih 30 tahun lalu. Kami tidak mahu perniagaan kami hilang begitu sahaja," ujarnya.
'Bukan salah kami'
LRT3 lonjak nilai hartanah di Shah Alam
Pensyarah MMU cipta sistem hadapi bencana alam, kecemasan
Sokong lupus deposit 10 %
Peluang kenali Kampung Baru
Imej baharu Dataran Merdeka
PicoSA mampu lahirkan pencipta muda kreatif
Dash atasi kesesakan Puncak Perdana
Pelajar 36 sekolah kutip 80,000 kilogram bahan kitar semula
Tanah perkuburan tidak cukup
Bertindak tegas tangani pencemaran sungai
54 peniaga asing ditahan
Bilik sampah jadi tempat teduh
Penduduk bimbang dinding rumah retak teruk
Hujan jejas bukti pencemaran
Gangguan bekalan air : 91.2 peratus kawasan pulih
PENDUDUK PPR BASMI DENGGI
Empat usahawan terima Anugerah Asnaf Cemerlang LZS
Kuala Lumpur masih selamat
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












