saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 08/08/2012

Batang Kali 'catat sejarah'

PENDUDUK Batang Kali yang dahulunya tenang kini mula risau dengan kewujudan pusat urut dan hotel bajet yang mula dibuka di pekan kecil itu di Hulu Selangor. - UTUSAN/AZLAN HADI ABU BAKAR

HULU SELANGOR 7 Ogos - Kebanjiran pusat urut di Selangor sejak akhir-akhir ini bagaikan tidak mampu dibendung.

Ia bercambah begitu pantas seolah-olah sebuah industri yang membawa pelaburan menguntungkan kepada kerajaan sehingga kelihatan digalakkan pula.

Jika sebelum ini penggemar khidmat urutan badan oleh wanita seksi warga asing tertumpu di Seri Kembangan, Ampang, Kajang dan Puchong, kini mereka mungkin boleh berkira-kira untuk menikmatinya di bahagian timur laut negeri ini pula.

Ini kerana sudah terdapat rumah urut perintis di Bandar Utama di Batang Kali, yang telah lapan bulan beroperasi menurut penduduk yang ditemui.

Boleh dikatakan juga Batang Kali mencatat sejarah kerana buat julung-julung kalinya mempunyai pusat urut, dan ia turut menawarkan khidmat yang sama seperti di tempat lain.

Pusat urut yang beroperasi dari pukul 11 pagi hingga 11 malam itu turut tidak ketinggalan menawarkan khidmat urutan batin atau lebih dikenali sebagai urutan 'ping-pong' kepada lelaki yang mahukannya.

Malah, ketika tinjauan Utusan Malaysia baru-baru ini, penjaga premis itu tanpa berselindung memberitahu khidmat tersebut disediakan, namun perlu 'berbincang di dalam'.

Bagaimanapun ketika ditanya adakah tukang urut yang disediakannya masih muda, penjaga tersebut berkata, hanya wanita berusia dalam lingkungan 40-an dari Thailand yang bekerja di situ.

"Di sini tiada yang muda-muda atau comel sebab mereka tidak mahu bekerja di sini. Kawasan ini terlalu jauh dan tidak ramai pelanggan, jadi duit tip tidak banyak. Kalau mahu urut batin bolehlah," katanya.

Bagaimanapun, seorang pekerja kedai makan berhampiran berkata, premis itu turut menyediakan gadis-gadis muda namun hanya menawarkannya kepada sesetengah pengunjung.

"Mungkin awak pertama kali datang sini, mesti dia ingat polis sebab itu dia kata tidak ada tukang urut muda tetapi kawan-kawan saya ramai bekerja di situ.

"Kalau awak mahu yang geli-geli datang semula malam ini selepas pukul 7, mesti ada punya yang muda-muda," katanya.

Selain pusat urut, penduduk sekitar juga bimbang dengan kewujudan beberapa hotel bajet di pekan itu kerana bagi mereka ia akan menggalakkan aktiviti tidak bermoral.

Baru-baru ini, akhbar ini pernah melaporkan rungutan beberapa persatuan pengguna yang mendakwa kebanjiran pusat-pusat urut dan hiburan di Selangor sebagai bukti kerajaan negeri itu tidak sensitif terhadap keselamatan dan keselesaan rakyat.

Malah, ia juga menunjukkan kerajaan Selangor yang ditadbir Parti Keadilan Rakyat (PKR) seolah-olah menutup mata terhadap fenomena ini. Jika kerajaan negeri terus membiarkan percambahan pesat pusat urut tanpa mengawalnya, ada kemungkinan Selangor akan mendapat gelaran tidak rasmi 'Darul Urut' pula selepas digelar 'Darul Sampah'

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.