saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 24/08/2012

RM3j atasi banjir di Segambut

AHMAD Phesal Talib (tiga dari kiri) mendengar cerita penduduk yang terlibat dalam kejadian banjir di Kampung Segambut Bahagia, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/MOHD. NAIM AZIZ

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membina sebuah longkang besar dari SPPK Segambut ke Sungai Gombak bagi mengatasi masalah banjir kilat di kawasan Segambut sejak beberapa tahun lalu.

Datuk Bandar, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, pihaknya akan menyiapkan reka bentuk projek yang bernilai RM3 juta itu dalam masa dua bulan ini.

Katanya, projek tersebut akan dijalankan segera supaya masalah banjir kilat di kawasan Segambut yang telah menyebabkan kerugian yang banyak terhadap penduduk dapat diatasi.

"Projek ini dijangka siap dalam masa sembilan bulan dan diharapkan mampu membantu mengatasi masalah banjir," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat kawasan banjir di Kampung Segambut Bahagia, Segambut, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Sosio ekonomi DBKL, Datuk Mhd. Amin Nordin Abdul Aziz.

Selasa lalu, hujan lebat di ibu negara telah menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan terutamanya di sekitar Segambut.

Ahmad Phesal yang dukacita dengan kejadian tersebut berkata, pihaknya akan membuat bancian kerugian yang dialami penduduk dan pampasan yang bersesuaian akan diberikan.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan pembinaan jejambat dari Jalan Segambut ke Segambut Bahagia yang terhenti sebelum ini disebabkan masalah utiliti bawah tanah akan diteruskan segera kerana telah menyebabkan saliran longkang tersumbat.

"Masalah tentang utiliti sudah pun selesai dan jejambat tersebut akan disiapkan dengan segera.

"Selain itu, Kolam Tadahan Kampung Benteng yang dijangka siap pada Mac tahun depan juga diharapkan dapat membantu mengatasi masalah banjir di sini," jelasnya.

Sementara itu, Mhd. Amin Nordin memberitahu bancian awal pihaknya telah mengenal pasti sebanyak 23 keluarga terlibat dalam kejadian banjir itu, termasuk warga asing.

"Selepas selesai dikemas kini nanti, bantuan akan diberikan kepada mangsa dari kalangan rakyat tempatan sahaja," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.