saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 03/09/2012

MPS perkenal garis panduan buka pusat cuci kereta

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) memperkenalkan satu garis panduan bagi mereka yang ini membuka pusat cuci kereta di kawasan pentadbirannya.

Yang Dipertuanya, Datuk Zainal Abidin Aala berkata, garis panduan itu antara langkah yang dilaksanakan bagi mengawal kewujudan tempat mencuci kereta haram terutama kalangan warga asing.

Beliau berkata, sebanyak 50 pusat cuci kereta haram telah dikenalpasti di Batu Caves, Gombak dan Rawang.

"Bagaimanapun ia bukanlah suatu masalah yang besar sehingga menampakkan keseluruhan kawasan pentadbiran MPS ini tidak memuaskan,'; katanya ketika mengulas berhubung dakwaan pembaca mengenai tempat cuci kereta haram yang semakin berleluasa di Selayang seperti disiarkan di Utusan Malaysia pada 28 Ogos, lalu.

Sementara itu Pengarah Perlesenan MPS, Affendi Samingan berkata, pihak MPS juga akan melaksanakan program pemutihan bagi mengatasi masalah pengusaha tempat cuci haram ini.

Katanya, berdasarkan rekod hanya sebahagian pihak terlibat tidak mempunyai lesen, manakala selebihnya gagal memperbaharui lesen.

"Tindakan akan dilaksanakan mengikut tiga peringkat iaitu amaran, kompaun sebanyak RM1,000 dan yang terakhir tindakan menyita premis,"katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.