saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 26/09/2012

Karnival Prasekolah Peringkat Negeri Selangor gilap bakat atlet cilik

seorang murid diuji dalam acara larian zig zag pada Karnival Prasekolah Negeri Selangor 2012 di SK Seksyen 7, Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 25 Sept. - Potensi 300 murid prasekolah di daerah ini di dalam aktiviti sukan digilap menerusi Karnival Prasekolah Peringkat Negeri Selangor 2012 di sini hari ini.

Karnival selama sehari bertempat di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 itu dirasmikan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor, Mohd. Salleh Mohd. Kassim.

Menurut Mohd. Salleh, karnival tersebut bertujuan mencungkil dan mengembangkan bakat kanak-kanak prasekolah di dalam bidang sukan agar dapat digilap menjadi atlet pada masa depan.

"Melentur buluh biarlah dari rebungnya, maka penting untuk kita menggilap minat dan potensi kanak-kanak di dalam bidang sukan sejak kecil kerana mereka merupakan generasi pelapis untuk menjadi atlet kebangsaan dan antarabangsa.

"Penganjuran karnival seperti ini juga dapat memupuk semangat setiakawan dan kesukanan dalam kalangan kanak-kanak," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan karnival tersebut di sini hari ini.

Mohd. Salleh berkata, karnival sukan itu diadakan bagi menyahut dasar 1Murid1Sukan yang diperkenalkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang juga Menteri Pelajaran.

Pengerusi Teknik Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri (MSSN) Selangor, Zainal Tamby Chik pula berkata, pihaknya mengguna pakai modul sukan dari Jerman yang mengamalkan pendekatan kemahiran psikomotor kanak-kanak yang dikenali sebagai 'Kid's Athletic' di dalam acara yang dianjurkan pada karnival tersebut.

"Modul yang digunakan melibatkan kemahiran melompat, berlari, melontar, membaling dan mengelak halangan yang menggunakan kesemua otot mereka.

"Ia juga lebih kepada keseronokan, meningkatkan kemahiran dan semangat bekerjasama, bukannya untuk bersaing demi kemenangan semata-mata," katanya.

Sebanyak enam acara dipertandingkan iaitu larian berpagar, balingan berpusing, lontar lembing, baling bola ke belakang, lari zig zag dan gabungan kelima-lima acara tersebut.

Turut dipertandingkan ialah pertandingan bola jaring bagi guru prasekolah dan pertandingan memasak bagi pembantu guru prasekolah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.