saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 05/10/2012

6 persimpangan disenarai boleh 'belok kiri'

Ahmad Phesal Talib (dua dari kiri) bersama Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup (tiga dari kiri) melihat papan tanda kebenaran belok ke kiri di persimpangan Jalan Raja ke Jalan Parlimen di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH

KUALA LUMPUR 4 Okt. - Pengguna jalan raya di enam persimpangan utama di ibu negara kini dibenarkan membelok ke kiri biarpun lampu isyarat masih belum bertukar hijau.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, lokasi tersebut adalah persimpangan dari Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Jalan Sultan Ismail dan Jalan Raja ke Jalan Parlimen.

"Persimpangan lain ialah dari Jalan Raja Abdullah ke Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang ke Jalan Sultan Ismail, Jalan Semarak ke Jalan Tun Razak dan Jalan Raja Muda Musa Abdul Aziz ke Jalan Tuanku Abdul Rahman," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan majlis Authorised Left Turn di Jalan Raja hari ini.

Ketika ini, hanya Putrajaya, Kuching dan Kuantan yang melaksanakan sistem tersebut dan terbaharu adalah di ibu negara.

Bagaimanapun kata Ahmad Phesal, pengguna di lorong paling kiri itu hanya dibenarkan berbuat demikian selepas memastikan tiada kenderaan dari arah kanan dan tiada pejalan kaki yang melintas.

"Kami telah memasang papan tanda 'belok ke kiri jika tiada kenderaan dan pejalan kaki' serta lampu isyarat beranak panah yang berkelip di persimpangan yang telah ditetapkan.

"DBKL melaksanakan perkara ini dengan menggunakan garis panduan daripada Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) untuk memastikan keselamatan pengguna dan ia sebagai salah satu kaedah pengurusan lalu lintas di laluan utama," katanya.

Tambah beliau, pelaksanaan itu juga akan menjimatkan masa perjalanan, petrol, mengurangkan pencemaran udara dan mengurangkan tekanan perasaan pengguna.

"Jumlah trafik dan pejalan kaki akan berkurangan di luar waktu puncak. Oleh itu, berlaku kehilangan masa akibat menunggu biarpun ia selamat untuk membelok ke kiri ketika lampu isyarat merah.

"Sistem ini akan dilaksanakan secara berterusan dan beberapa lokasi baharu sedang dalam kajian untuk dilaksanakan dan keutamaannya di lokasi yang sering mengalami kesesakan lalu lintas," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.