saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 08/10/2012

Belok kiri: Pengguna masih ragu-ragu

PENUNGGANG motosikal dan pemandu kereta masih berhenti di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman kerana tidak menyedari mereka boleh membelok ke kiri Jalan Sultan Ismail tanpa perlu menunggu lampu isyarat hijau.

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Sebuah kereta kelihatan berhenti di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Jalan Sultan Ismail. Dari riak wajah pemandunya, adalah jelas dia tidak sedar bahawa dia boleh meneruskan perjalanan ke kiri walaupun lampu isyarat masih merah.

Bukan hanya pemandu itu yang tidak sedar boleh berbuat demikian, ramai lagi. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati ramai juga yang teragak-agak.

Ada yang tidak sedar bahawa pengguna jalan raya yang melalui enam persimpangan utama di ibu negara sudah dibenarkan membelok ke kiri ketika lampu isyarat merah.

Tinjauan Utusan Malaysia di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Jalan Sultan Ismail misalnya mendapati pemandu masih memberhentikan kenderaan mereka biarpun tiada kenderaan dari arah kanan dan pejalan kaki melintas ketika itu.

Situasi sama turut berlaku di persimpangan Jalan Raja Abdullah ke Jalan Sultan Ismail, manakala tinjauan di persimpangan Jalan Raja ke Jalan Parlimen pula mendapati pengguna seakan sudah biasa dengan pelaksanaan sistem itu.

Seorang peniaga, Zamzaidi Hussin, 35, berkata, keadaan itu mungkin disebabkan papan tanda 'Belok ke kiri jika tiada kenderaan dan pejalan kaki' hanya dipacakkan di sebelah kiri jalan.

"Sepatutnya, di sebelah kanan pun perlu pasang juga kerana kalau hanya di kiri sahaja mungkin ia terlindung daripada pandangan pengguna dan pemandu juga mungkin hanya melihat kepada lampu isyarat di hadapan.

"Malah, papan tanda di Jalan Tuanku Abdul Rahman ini terlindung dengan tiang besar, orang ramai tidak menyedarinya dan mereka masih memberhentikan kenderaan," katanya ketika ditemui.

Sementara itu, seorang anggota Penguat Kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Ahmad Azman Shah Mohamad, 31, berkata, dia terpaksa memberi arahan agar kenderaan meneruskan perjalanan setelah mendapati keadaan benar-benar selamat.

"Mungkin mereka tidak menyedari perkara ini dan berasa khuatir dengan kehadiran saya kerana bimbang disaman. Sebenarnya kehadiran saya untuk membantu mereka membiasakan diri dengan sistem ini," katanya ketika sedang mengawal lalu lintas di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Sementara itu, Mohd. Nordin Mohd. Nor, 56 dari Alor Setar, Kedah berkata, langkah itu sepatutnya sudah lama dilaksanakan memandangkan ia dapat menjimatkan masa di luar waktu puncak.

"Langkah ini bagus serta membantu pengguna jalan raya. Namun, papan tanda perlu lengkap dan diperbanyakkan untuk memudahkan pengguna," katanya yang sering ke ibu negara untuk urusan kerja.

Khamis lalu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib melancarkan sistem tersebut yang menggunakan garis panduan daripada Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) untuk memastikan keselamatan pengguna terutamanya pejalan kaki.

Persimpangan yang terlibat ialah di Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja ke Jalan Parlimen, Jalan Raja Abdullah ke Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang ke Jalan Sultan Ismail, Jalan Semarak ke Jalan Tun Razak dan Jalan Raja Muda Musa Abdul Aziz ke Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.