saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 06/11/2012

1,000 penduduk empat kampung dipindah

Muhammad Fikri Mohd. Yusoff mengambilkan mi segera untuk adiknya, Nor Natasha di rumah mereka di Kampung Semarang di Dengkil, Sepang yang dilanda banjir semalam. - utusan/Zaki Amiruddin

SEPANG 5 Nov. - Hujan berpanjangan yang melanda Sepang sejak semalam menyebabkan berlaku banjir dan tanah runtuh di beberapa tempat terutamanya di sekitar Dengkil.

Hampir 1,000 mangsa banjir ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara di Pekan Dengkil, Kampung Kelingsing, Kampung Paya Rumput dan Kampung Semarang.

Antara kawasan perumahan dan kampung yang paling teruk terjejas akibat bencana itu di Dengkil termasuklah Kampung Cemperai, Kampung Kelingsing, Kampung Sri Tanjung dan Kampung Revolusi Hijau.

Turut terjejas penduduk dari Taman Baiduri, Taman Amentis, Taman Kristal 2, Kampung Ampar Tenang, Kampung Paya Rumput dan Taman Delima.

Utusan Malaysia difahamkan jumlah mangsa banjir di sekitar Dengkil mencecah 990 orang pada pukul 12 tengah hari ini tetapi angka tersebut menurun sedikit kepada 947 orang pada pukul 3 petang.

Jumlah mangsa banjir bagaimanapun meningkat jika dibandingkan dengan 384 mangsa yang dicatatkan di Dengkil semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, Izman Adnan berkata, paras air di Taman Baiduri, Dengkil surut sepenuhnya menjelang pukul 2 petang ini tetapi kenaikan air berlaku di Kampung Kelingsing.

Sementara itu, kejadian tanah runtuh di Kampung Sungai Buah yang terletak tidak jauh dari Lembaga Perlesenan Tenaga Atom di Dengkil berlaku sejak semalam.

Ketua Kampung Sungai Buah, Nasir Samsudin berkata, penduduk kampung mengesan kejadian tanah runtuh kecil pada petang semalam dan telah memaklumkan perkara tersebut kepada polis.

"Apa yang tidak disangka adalah kejadian tanah runtuh yang lebih besar berlaku kira-kira pukul 9 malam (tadi).

"Penduduk di sini bagaimanapun bersyukur kerana kejadian itu tidak mendatangkan sebarang kecederaan. Jabatan Kerja Raya (JKR) telah datang untuk meninjau keadaan," katanya.

Tambahnya, kejadian itu merupakan yang pertama berlaku di Kampung Sungai Buah sejak lebih 10 tahun lalu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.