saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 08/11/2012

Klinik 1Malaysia bakal dibina di Pandamaran

Kompleks Kesihatan Bandar Botanic yang dirasmikan oleh Liow Tiong Lai di Klang, Selangor semalam. - UTUSAN/Mohd. Shaharani Saibi

KLANG 7 Nov. - Penduduk Pandamaran di sini dan sekitarnya bakal mendapat perkhidmatan penjagaan kesihatan yang sempurna berikutan langkah kerajaan untuk mewujudkan Klinik 1Malaysia (K1M) di kawasan tersebut tidak lama lagi.

Berita gembira itu diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika merasmikan Kompleks Kesihatan Bandar Botanik, Klang dan pelancaran Buku Makan Secara Sihat Semasa Perayaan Deepavali di sini hari ini.

Menurut Tiong Lai, kementerian juga bersetuju memberi peruntukan sebanyak RM700,000 kepada Klinik Kesihatan Pandamaran untuk membaik pulih infrastruktur sedia ada bagi memberi keselesaan kepada masyarakat.

Katanya, pembukaan K1M di seluruh negara merupakan bukti jelas bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

"Demi memastikan kesejahteraan rakyat dan menjamin kesemuanya memperoleh perkhidmatan kesihatan berkualiti, sebanyak 151 K1M telah beroperasi tahun ini di seluruh negara dan kerajaan menyasarkan untuk membina 70 lagi K1M pada tahun hadapan.

"Dengan pertambahan klinik berkenaan, setiap rakyat khususnya di kawasan pedalaman tidak lagi perlu gusar kerana konsep K1M itu dibina di kawasan yang berhampiran penempatan penduduk," katanya kepada pemberita.

Mengulas mengenai Kompleks Kesihatan Bandar Botanik, Klang, Tiong Lai memberitahu, kompleks yang menelan belanja RM39 juta itu siap dibina dalam tempoh yang ditetapkan tanpa sebarang pertambahan kos.

Katanya, kompleks tersebut menjadi satu lagi bukti Kerajaan Persekutuan menunaikan amanah yang diberikan untuk menyediakan kemudahan serta perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi bagi rakyat.

"Kompleks tersebut terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Klinik Kesihatan dan Pergigian Bandar Botanik, Pejabat Kesihatan Daerah Klang dan Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan dan Makmal Kawalan Penyakit Bawaan Vektor," katanya.

Dalam pada itu kata beliau, pada awal tahun ini kementerian juga telah melaksanakan perolehan sebanyak 100 buah ambulans baru bernilai RM38.2 juta.

"Kenderaan tersebut telah dibekalkan ke seluruh negara bagi menggantikan kenderaan yang dilupuskan atau rosak di samping sebagai tambahan kepada ambulans sedia ada di hospital dan klinik kesihatan kerajaan.

"Bagi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, kementerian telah memperuntukkan sebanyak 16 buah ambulans jenis A dan B yang lengkap dengan peralatan perubatan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.