saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 02/01/2013

Seminggu tiada bekalan air

Penduduk di Taman Permai 1 Ampang, Selangor terpaksa menadah air menggunakan besen sejak menghadapi masalah air yang telah berlarutan selama seminggu.

KUALA LUMPUR 1 Jan. - Penduduk di Taman Permai 1, Ampang, Selangor dekat sini hidup dalam sengsara apabila bekalan air terganggu sejak seminggu lalu.

Penduduk mendakwa, mereka tidak diberikan notis oleh pihak Syabas yang mengatakan terdapat gangguan bekalan air di kawasan itu.

Mereka mendakwa, bekalan air terganggu secara tidak konsisten, menyebabkan mereka terpaksa menadah air menggunakan besen.

Tinjauan Utusan Malaysia ke kawasan tersebut semalam mendapati, gangguan bekalan air masih berlaku.

Seorang penduduk di Flat Kelompok Camar, Taman Permai 1, Sabtu Mat, 70 berkata, masalah air itu mungkin disebabkan pihak Syabas menukar paip utama di kawasan berhampiran.

"Tetapi mengapa Syabas tidak memaklumkan kepada penduduk di kawasan ini, kerana bekalan air tiba-tiba terputus. Sekejap ada, sekejap tiada langsung.

"Disebabkan itu segala aktiviti harian seperti memasak, membasuh kain dan mandi terganggu," katanya.

Jirannya, Abdul Basir Wahab, 51 berkata, sebelum ini masalah seumpama itu tidak pernah terjadi di kawasannya.

"Ini pertama kali ada masalah air di kawasan ini. Saya berharap Syabas segera mengatasi masalah ini dan beri notis kepada penduduk supaya kami lebih bersedia untuk menghadapi situasi seperti ini," ujarnya.

Seorang penduduk di kawasan perumahan dua tingkat Taman Permai 1, Kusnul Khatimah, 45, berkata, lori tangki air Syabas hanya datang dua kali sahaja sejak bekalan air terganggu.

"Bekalan air yang dihantar oleh Syabas itu tidak cukup bagi semua penduduk di sini dan mereka (Syabas) tidak memaklumkan kepada kami waktu penghantaran tersebut," katanya.

Sutilah Muhamad, 45, berkata, dia dan keluarga terpaksa pulang ke kampung di Kajang berikutan gangguan bekalan air di kawasan rumahnya.

"Keadaan akan menjadi lebih rumit apabila musim persekolahan bermula kerana segala aktiviti seperti mandi, memasak dan membasuh kain terganggu," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.