saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 04/02/2013

Kakitangan DBKL bawa pulang Myvi SE

ABDUL Karim Ahmad tersenyum gembira ketika mencuba kereta Perodua Myvi SE yang dimenanginya menerusi acara cabutan bertuah sempena majlis pelancaran Hari Wilayah Persekutuan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, kelmarin.

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.

Itulah yang berlaku ke atas seorang kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memenangi sebuah kereta Perodua Myvi SE hanya dengan menghadiri majlis pelancaran Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2013 semalam.

Abdul Karim Ahmad, 58, tidak menyangka nombor cabutan yang dipegangnya diumumkan sebagai pemenang hadiah utama bernilai RM56,013.50 itu.

"Saya berasa amat gembira, dalam hati saya terdetik 'betul ke ni' memandangkan saya masih belum memiliki kereta sendiri," katanya.

Abdul Karim yang baru bercadang untuk membeli kereta kini boleh melupakan saja hasrat tersebut selepas menerima replika kunci yang disampaikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Selain kereta, dua pengunjung bertuah lain masing-masing membawa pulang sebuah motosikal Honda PCX Standard WW150 bernilai RM10,894.75 dan sebuah motosikal Honda EX5 bernilai RM4,133.70 bagi tempat kedua dan ketiga.

Hadiah berupa tiket penerbangan ke Perth, Australia dan Osaka, Jepun, telefon pintar, televisyen, kamera digital dan barangan elektrik turut disediakan dalam acara cabutan bertuah itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.