saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 02/03/2013

Laluan baharu dibuka untuk penduduk Kg. Sungai Penchala, TTDI

Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (empat dari kiri) mengibarkan bendera sebagai tanda melepaskan kenderaan pertama menggunakan jalan penghubung antara Kampung Sungai Penchala dengan TTDI di Segambut, semalam.

KUALA LUMPUR 1 Mac - Penduduk Kampung Sungai Penchala kini boleh menarik nafas lega setelah sebuah jalan keluar masuk antara kampung tersebut dan Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) dibuka secara rasmi oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin hari ini.

Jalan sepanjang 560 meter itu mula dibina pada Jun tahun lalu sebagai satu penyelesaian kepada aduan daripada penduduk, khususnya dari Kampung Sungai Penchala bahawa lot tanah mereka yang ingin dibangunkan untuk projek perumahan tidak dapat dilaksanakan, kerana tiada jalan keluar dan masuk yang sempurna.

Menurut Raja Nong Chik, terdapat juga aduan daripada penduduk sekitar Jalan Datuk Sulaiman di TTDI bahawa kenderaan berat untuk projek perumahan di kawasan itu telah mengganggu lalu lintas di taman perumahan mereka.

"Jalan ini menyediakan satu sambungan terus antara lot-lot tanah perumahan di atas bukit dengan Jalan Datuk Sulaiman di TTDI," katanya.

Raja Nong Chik menambah, jalan itu juga akan menjana nilai hartanah serta pertumbuhan pembangunan perumahan di sekitarnya.

Pembinaan selama 33 minggu itu melibatkan kos sebanyak RM9.8 juta yang RM3 juta daripadanya ialah dari kos pengambilan tanah oleh lapan pemilik tanah persendirian di kawasan itu.

"Setelah siap, masih terdapat penduduk yang mahu jalan itu ditambah sepanjang 200 meter lagi bagi memudahkan perjalanan mereka dan kita akan mempertimbangkan permintaan itu jika mendapat persetujuan pemilik tanah," katanya.

Projek jalan baharu itu mampu memberi manfaat kepada lebih 2,000 penduduk sekitar dan dijangka lebih dari 3,000 penduduk baharu akan menghuni kawasan tersebut setelah pembangunan kawasan itu disiapkan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.