saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 28/03/2013

KL bandaraya mesra basikal

Ahmad Phesal Talib (depan) menunggang basikal dari kediamannya di Changkat Tunku ke Menara DBKL sempena acara Berbasikal Bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur, 'Earth Hour KL 2013, di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 27 Mac - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan meningkatkan sistem laluan berbasikal di ibu negara termasuk mewujudkan lokasi baharu tidak lama lagi bagi mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kota.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, usaha itu bukan setakat memberi perhatian kepada trek sedia ada tetapi akan membabitkan pembangunan di tempat yang bersesuaian supaya dapat dihubungkan ke stesen Transit Aliran Ringan (LRT).

Menurutnya, usaha itu juga dapat meniup semangat dan keinginan warga kota untuk memanfaatkan kemudahan tersebut sekaligus mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian di ibu kota.

"Kita tahu banyak trek basikal yang dibina di kawasan perumahan sebelum ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya, malah dijadikan tempat letak kereta dan berada dalam keadaan tidak sempurna.

"Oleh itu, dengan matlamat mewujudkan masyarakat sihat kita akan menambah baik infrastruktur ini secepat mungkin termasuk membina laluan baharu sehingga ke stesen LRT," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sebelum memulakan kayuhan sempena acara Berbasikal Bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur, 'Earth Hour KL 2013', di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup, Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Alam Malaysia (WWF), Datuk Dr. Dionysius Sharma, Duta Jerman ke Malaysia, Dr. Guenter Gruber dan Duta Belanda ke Malaysia, Paul Bekkers.

Acara kayuhan itu dilakukan Ahmad Phesal sebagai mengotakan janji beliau untuk berbasikal ke pejabatnya di Menara DBKL selepas Kempen Earth Hour pada Sabtu lepas disertai 88 bangunan di sekitar ibu kota berbanding sasaran 50 bangunan.

Kayuhan sepanjang enam kilometer membabitkan 40 peserta dari kediaman rasmi beliau di Changkat Tunku melalui Jalan Parlimen, Taman Botani Perdana,Masjid Negara dan Dataran Merdeka sebelum menamatkan kayuhan di Menara DBKL, Jalan Raja Laut.

Selain kakitangan DBKL dan Tabung Hidupan Liar Dunia (WWF), kayuhan turut disertai ahli Kelab Basikal DBKL dan Pasukan Berbasikal Visit KL.

Tambah Ahmad Phesal, DBKL akan turut mewujudkan laluan tersebut di kawasan taman rekreasi supaya lebih ramai masyarakat berbasikal selain akan mengenal pasti jalan yang boleh ditutup khusus untuk laluan basikal.

"Kita juga sedang mengkaji sekiranya ada lorong yang boleh dijadikan laluan simpanan khas untuk basikal dan apa yang kita lihat jalan berhadapan KLCC amat sesuai untuk tujuan itu," katanya.

"Malah, lorong di depan Dataran Merdeka juga adalah kawasan yang baik dan boleh ditutup pada setiap Ahad seperti yang dilaksana di Jakarta dan satu ketika dulu, New York juga melaksanakan penutupan jalan di Fourth Street yang kini sudah menjadi sangat popular," katanya.

Tambahnya, laluan basikal sepanjang 10 kilometer dari Jalan Jelatek menuju Mid Valley sedang rancak dibina menerusi program Greater Kuala Lumpur-Lembah Klang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.