saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 02/05/2013

Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih mula beroperasi

HULU LANGAT 1 Mei - Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih yang mula beroperasi hari ini mampu mengurangkan 'masa bertindak' atau 'response time' anggota bomba untuk tiba di lokasi kebakaran atau kemalangan di kawasan Semenyih dan sekitarnya.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim berkata, sebelum ini Semenyih merupakan kawasan di bawah tugas Balai Bomba dan Penyelamat Kajang serta Bangi yang sudah tentu mengambil sedikit masa untuk tiba di lokasi sekiranya berlaku sebarang kejadian kebakaran mahupun kemalangan.

"Di dalam perkhidmatan bomba, perkara yang amat diberikan perhatian adalah berkenaan 'response time', jadi dengan wujudnya sebuah balai bomba di Semenyih, perkara tersebut sudah tentu mampu diatasi.

"Malah ia turut mampu mengurangkan beban yang dihadapi Balai Bomba dan Penyelamat Kajang yang kini merupakan balai bomba yang paling tinggi menerima panggilan kecemasan di negara ini," katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis pelancaran pengoperasian Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih, dekat sini hari ini.

Yang hadir sama Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Othman Abdullah dan Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Hulu Langat yang juga calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Datuk Johan Abd. Aziz.

Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih mula dibina pada 19 September tahun lalu di atas tapak seluas satu ekar di Taman Pelangi, Semenyih.

Menelan kos pembinaan sebanyak RM500,000, balai bomba ini siap sepenuhnya pada 19 April lalu dan dilengkapi dengan sebuah jentera serta kekuatan seramai 25 pegawai dan anggota.

Sementara itu menurut Johan, sebagai sebuah kawasan yang pesat membangun malah bilangan penduduk yang semakin meningkat, sudah tentu sebuah balai bomba amat di perlukan di kawasan Semenyih.

"Permohonan untuk sebuah balai bomba dibina di Semenyih telah diajukan kepada kerajaan Persekutuan sejak tahun 2009 lagi dan hari ini apa yang dinantikan oleh penduduk di Semenyih telah menjadi kenyataan.

"Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih ini akan melengkapi segala kemudahan dan pembangunan termasuk pusat perniagaan, balai polis dan hospital yang bakal menjadikan Semenyih sebagai sebuah kawasan yang bakal pesat membangun," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.