saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 17/01/2014

Guru Besar SK Danau Kota bersara, sambut hari lahir serentak

Mohd. Zulkapli Mohd Zin bersama isterinya Latipah Ahmad Desa melambai tangan kepada para pelajar dan guru SK Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur sempena majlis persaraannya di sekolah itu, semalam.

KUALA LUMPUR 16 Jan. - Persaraan Mohd. Zulkapli Mohd. Zin, sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan (SK) Danau Kota di sini lebih bermakna kerana tarikh lahirnya juga jatuh pada hari yang sama.

Mohd. Zulkapli, 60, yang berkhidmat sebagai pendidik selama 40 tahun itu menyifatkan hari ini sebagai paling menyedihkan kerana merupakan hari terakhirnya di sekolah itu.

Menurutnya, persaraan itu tidak bermakna beliau tidak terlibat lagi dalam dunia pendidikan, sebaliknya bersedia menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat.

"Tidak mudah mengucapkan selamat tinggal kerana pengalaman bertugas sebagai Guru Besar selama 12 tahun di sekolah cukup bermakna lebih-lebih lagi hubungan saya dengan guru-guru dan murid-murid amat rapat," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia pada majlis persaraannya di SK Danau Kota di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau diraikan dengan penuh meriah oleh kira-kira seramai 1,648 warga SK Danau Kota dimulakan dengan majlis sambutan Maulidur Rasul selain penanaman sebatang pokok kedondong di kawasan sekolah itu sebagai tanda kenangan.

"Harapan saya adalah untuk melihat sekolah ini menjadi sebuah sekolah berprestasi tinggi kelak walaupun semangat saya untuk mendidik masih berkobar-kobar lagi.

"Insya-Allah, selepas ini saya akan menumpukan perhatian bersama-sama keluarga termasuk dua orang cucu selain meluangkan masa dalam aktiviti berkebun," ujarnya.

Mohd. Zulkapli kemudiannya dihiburkan dengan persembahan guru dan pelajar sebelum beliau diarak pulang dengan menaiki kereta buggy oleh warga sekolah tersebut.

Mohd. Zulkapli memulakan tugas pertamanya sebagai guru sandaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Jalan San Peng, Kuala Lumpur pada tahun 1974.

Selepas itu, beliau bertugas di empat buah sekolah lagi di sekitar ibu kota selain bertugas di Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.