saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 09/04/2014

Ahli Pekida perlu bersatu agar perjuangan disenangi masyarakat

Jamaluddin Yusoff (tiga dari kiri) beramah mesra dengan sebahagian daripada penerima watikah gelaran Ayahanda sambil diperhatikan oleh Roslan Dahaman (lima dari kiri) di Kuala Lumpur, baru-baru ini. - UTUSAN/MOHD. NAJIB MOHD. NOR

KUALA LUMPUR 8 April - Semua ahli Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) perlu bergerak bersama bagi memantapkan pertubuhan itu agar lebih disenangi masyarakat.

Presiden Pekida, Jamaluddin Yusoff berkata, dengan cara itu pertubuhan berkenaan dapat meneruskan perjuangan yang baik kerana masyarakat sentiasa memerhatikan gerak-geri mereka.

"Sesungguhnya masyarakat memerhatikan kita. Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengambil daya usaha yang baik untuk memantapkan Pekida.

"Ini bukan bermakna Pekida tidak mantap. Pekida sudah mantap tetapi kemantapan itu perlu diperbaiki supaya kita disanjung dan tiada pihak yang kurang senang dengan kita," katanya yang berucap dalam Majlis Penyampaian Watikah Pekida Wilayah Persekutuan di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Yang Dipertua Pekida Wilayah Persekutuan, Datuk Roslan Dahaman.

Dalam majlis itu, seramai 114 ahli Pekida Wilayah Persekutuan menerima watikah pelantikan untuk tahun 2014.

Jamaluddin berkata, sebagai satu jemaah atau pertubuhan untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara tercinta, Pekida perlu bergerak ke arah yang lebih sempurna.

Beliau berkata, semua cita-cita tersebut akan tercapai jika ahli-ahli dalam perjuangan itu dapat bergerak dalam satu hala tanpa matlamat berbeza.

"Kita adalah jemaah fisabilillah yang sama-sama berjuang dalam mempertahankan kekuatan Islam dan kedudukan orang Melayu di negara ini.

"Tidak perlu ada persengketaan sesama kita kerana senjata yang paling ampuh adalah perpaduan," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.