saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 25/05/2014

73 pasangan diijabkabul dalam Majlis Raja Sehari Mega

Sebahagian daripada 70 pasangan pengantin baru bergambar beramai ramai selepas dinikahkan dalam majlis Akad Nikah Raja Sehari Mega 2014 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, semalam. - MINGGUAN/ABDUL NAZIR MOHAMED

PUTRAJAYA 24 Mei- Sebanyak 73 pasangan pengantin diijabkabulkan dalam Majlis Raja Sehari Mega sempena Festival Belia Putrajaya 2014 di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin (MTMZA) di sini hari ini.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, Majlis Raja Sehari Mega pada tahun ini mendapat sambutan menggalakkan apabila penyertaannya meningkat tiga kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

Beliau berkata, pihaknya akan menjadikan program berkenaan sebagai acara tetap di Festival Belia Putrajaya berikutan mendapat sambutan hebat daripada golongan muda yang ingin melangsungkan perkahwinan.

"Ketika ini, terdapat ramai anak muda yang berdepan dengan masalah kewangan untuk melangsungkan perkahwinan, mungkin mereka baharu sahaja mula bekerja ataupun berdepan masalah lain.

"Sehubungan itu dengan adanya majlis sebegini ia dapat memberikan mereka pilihan untuk melangsungkan perkahwinan dengan dengan kos yang rendah namun tetap meriah dengan kehadiran kaum keluarga," katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan 73 pasangan terbabit diijabkabulkan di MTMZA di sini.

Yang hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha dan sembilan imam MTMZA yang bertanggungjawab menikahkan ke­se­mua pasangan pengantin terbabit.

Sementara itu, pegawai kese­lamatan, Raziman Radzi, 27, yang berasal dari Kuantan, Pahang, berkata dia dan pasangannya, Jehan Noor Mat Yusof, 27, amat bertuah kerana terpilih untuk melangsungkan perkahwinan dalam majlis tersebut.

Katanya, mereka berdua mendapat maklumat mengenai majlis berkenaan menerusi laman sosial Facebook dan tidak menyangka berjaya terpilih melangsungkan perkahwinan dengan hanya bermodalkan RM5,000 sahaja.

"Kami tidak menyangka borang penyertaan yang dihantar pada hari ter­akhir permohonan dibuka membawa tuah kepada kami kerana berjaya tersenarai dalam program berkenaan.

"Saya rasa perkahwinan dalam Majlis Raja Sehari Mega amat berbaloi kerana program ini memberi peluang untuk kami berjimat kerana kehidupan selepas perkahwinan lebih penting, malah keluarga ke­dua belah pihak juga memberikan sokongan penuh kerana memahami kos bagi majlis perkahwinan biasa yang diadakan boleh mencecah RM30,000," katanya.

Dalam pada itu, sepasang lagi pasangan pengantin, Zulhusni Zainudin, 21 dan isteri, Nursyafikah Mohd Shukri, 22, menyifatkan acara berkenaan sangat membantu mereka untuk hidup sebagai suami isteri.

"Sekarang kos untuk majlis perkahwinan menelan belanja yang tinggi sehingga ramai pasangan muda yang baharu bekerja dan tamat belajar tidak mampu melangsungkannya.

"Hendak berkahwin tidak mampu, sekaligus menyebabkan maksiat berleluasa. Bagi saya, menyertai Majlis Raja Sehari Mega dapat menge­lakkan zina malah Islam juga menggalakkan kesederhanaan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.