saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 29/05/2014

Kesal kesilapan tulisan jawi di papan tanda

KESILAPAN ejaan dan susunan tulisan jawi yang sepatutnya dari kanan ke kiri dikesan pada papan tanda di bangunan baharu FAS di Seksyen U15, Shah Alam, Selangor, semalam. - UTUSAN/Mohd. Shaharani Saibi

SHAH ALAM 28 Mei - Kesilapan tulisan jawi pada papan tanda di pintu masuk ke bangunan baharu Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) di Seksyen U15 di sini, mengundang rasa kesal kepada pelbagai pihak.

Pengerusi Majlis Gabungan Pertubuhan Sukarela Selangor, Datuk Mat Yasir Ikhsan berkata, perkara itu sepatutnya tidak berlaku kerana mencetuskan keadaan yang memalukan.

Katanya, pihak bertangung jawab seperti FAS dan pihak berkuasa tempatan perlu lebih prihatin untuk memartabatkan tulisan jawi.

"Apa yang berlaku ketika ini, tulisan jawi tidak lagi dianggap penting dan ini juga adalah satu daripada punca kenapa kesilapan sebegini berlaku.

"Tulisan jawi sepatutnya dimartabatkan dengan cara yang betul dan semua pihak termasuk pemimpin juga perlu bekerjasama untuk menaikkan imejnya semula kerana tulisan inilah yang meningkatkan tamadun Melayu," katanya ketika dihubungi Utusan Melaysia di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai isu kesilapan tulisan jawi yang disusun dalam keadaan terbalik dan susunan huruf tidak betul pada papan tanda bangunan baharu FAS di Seksyen U15 yang tersebar di laman sosial.

Pensyarah Fakulti Tamudun Islam dari Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Dr. Kamaruzaman Yusof pula menggesa pihak bertanggungjawab supaya lebih berhati-hati menggunakan tulisan jawi.

"Mereka sepatutnya merujuk kepada pihak yang pakar dan tidak menyerahkan sepenuhnya kepada pihak pemaju atau sebagainya.

"Apa yang berlaku pada papan tanda itu bukan sahaja salah dari segi ejaannya, tetapi juga susunan ayatnya dan ini jelas menunjukkan orang yang membuat papan tanda itu tidak tahu langsung tentang tulisan jawi," ujarnya.

Sementara itu, FAS menerusi laman Facebook persatuan itu berkata, kesilapan berkenaan telah dimaklumkan kepada kontraktor minggu lalu dan bangunan itu masih belum diserahkan secara rasmi kepada FAS.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.