saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 02/06/2014

UTC di Keramat Mall beroperasi akhir tahun ini - Johari

KUALA LUMPUR 1 Jun - Kemudahan Pusat Tranformasi Bandar (UTC) Mini di kompleks perniagaan Keramat Mall di sini yang dijangka beroperasi akhir tahun ini bakal menarik lebih ramai pengunjung sekaligus memajukan lagi kompleks berkenaan.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, keyakinan itu berdasarkan lokasi strategik kompleks tersebut yang terletak berhampiran stesen transit aliran ringan (LRT).

Menurutnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam proses menyediakan kemudahan tersebut demi keselesaan pengunjung dan peniaga.

"Saya menyedari ada segelintir peniaga yang berasa perniagaan mereka tidak maju berikutan kurangnya pengunjung ke kompleks berkenaan dan berharap mereka dapat bersabar dalam tempoh tersebut.

"Saya yakin dengan pembukaan UTC Mini di sini, ia dapat merancakkan lagi aktiviti ekonomi di sini," katanya selepas merasmikan Butik Zacheela dan Butik Sofia Ellen di Keramat Mall, hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Persatuan Peniaga Keramat Mall, Zulkifly Mohd. Sa'at.

Tambah Johari, beliau turut menyokong hasrat peniaga pasar basah di Pasar Keramat yang enggan berpindah ke kompleks berkenaan berikutan reka bentuk kompleks berkenaan tidak sesuai.

"Jika kompleks ini misalnya membuat penyembelihan ayam atau daging sudah tentu ia akan memberi suasana yang tidak selesa.

"Pada asalnya Keramat Mall ini diwujudkan, ia tidak berkonsepkan pasar basah. Bagaimana hendak membawa barangan jualan seperti ayam naik ke dalam lif? Masalah ini bermula apabila tiada sebarang perbincangan diadakan melibatkan peniaga," katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau turut berharap pihak kerajaan dan DBKL dapat menaik taraf semula Pasar Keramat yang dilihat sudah semakin usang dan uzur.

Sementara itu, beliau yang juga Pengerusi UDA Holdings Berhad berkata, pihaknya akan mewujudkan sebuah kompleks perniagaan untuk bumiputra di Kampung Baru dan dijangka siap tiga tahun lagi.

"Ia merupakan inisiatif UDA Holdings Berhad untuk membangunkan kawasan perniagaan di sekitar Kampung Baru selepas kami dapat memindahkan sementara seramai 205 penjaja yang kebanyakannya adalah penjaja makanan," katanya.

Ujarnya, kompleks yang bakal didirikan lima tingkat itu akan me­nempatkan perniagaan berkonsepkan makanan, pakaian dan sebagainya selain pembinaan kondominium yang berdekatan dengan LRT.

"Kita akan memberi peluang kepada seramai mungkin peniaga bumiputra yang berniaga situ," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.