saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 06/07/2014

Pekida nafi ahli terlibat militan

KUALA LUMPUR 5 Julai - Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) membuat laporan polis terhadap satu akaun Facebook yang mendakwa ahli pertubuhan itu terlibat dalam kegiatan militan.

Ketua Penerangannya, Syahril Abdul Aziz berkata, dakwaan pemilik akaun Facebook, menggunakan nama ‘Legasi Kongsi Gelap Melayu Empat’ yang dikesan pihaknya sejak kelmarin, adalah tidak berasas sama sekali.

Katanya, beliau percaya individu terlibat mempunyai niat jahat dan sengaja memburuk-burukkan nama baik Pekida.

"Pekida menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu (ahli pertubuhan terlibat dalam kegiatan militan)," katanya selepas mengiringi ahli Pekida membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, di sini hari ini.

Syahril seterusnya berkata, pada masa sama, pihaknya turut membuat dua lagi laporan polis iaitu terhadap pemilik akaun Facebook yang menggunakan ‘Chow Jack’ kerana menghina agama Islam dan selebriti, Azwan Ali kerana mencerca peniaga bazar Ramadan, baru-baru ini di dalam Twitter.

"Anehnya ‘Chow Jack’ tidak dikenakan sebarang tindakan oleh pihak berkuasa. Sikap Azwan yang memandang rendah hasil perniagaan bazar Ramadan menjurus kepada penghinaan sesama agama dan bangsa," tegasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.