saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 01/09/2014

596 graduan terima ijazah, diploma dan sijil taranum Darul Quran

HULU SELANGOR 31 Ogos - Seramai 596 graduan menerima Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah, Diploma Tahfiz al-Quran wal-Qiraat, Sijil Tahfiz al-Quran dan Sijil Tinggi Taranum dalam majlis Konvokesyen Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kali ke-23 hari ini.

Majlis yang berlangsung dengan penuh istiadat itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha di Dewan Muktamar, Darul Quran di sini.

Othman yang mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, penganjuran majlis itu bukan sahaja bertujuan meraikan kejayaan para pelajar dalam bidang berkaitan, malah sebagai satu suntikan semangat kepada mereka untuk terus memartabatkan al-Quran yang menjadi rujukan utama umat islam dalam kehidupan.

"Saya ingin mengucapkan syabas kepada pihak Darul Quran atas kejayaan menganjurkan majlis ini. Sudah pasti hari ini merupakan hari yang amat dinantikan dan sangat bermakna kepada seluruh graduan yang telah berusaha gigih dalam menimba ilmu di bumi barakah ini.

"Penganjuran majlis ini diharap dapat menyuntik semangat semua pelajar agar terus memartabatkan kitab suci al-Quran," katanya ketika berucap dalam majlis tersebut.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan)Jakim, Datuk Razali Shahabudin dan Pengarah Darul Quran, Zawanah Muhammad.

Majlis itu turut menyaksikan Muhammad Dawud Al-Hawariy Hamizan, 21, dan Nurdiana Zwlkifli, 22, dipilih sebagai penerima Anugerah Perdana Menteri yang julung kali diperkenalkan tahun ini.

Muhammad Dawud yang selepas ini akan melanjutkan pengajian dalam bidang syariah di Universiti Mu'tah, Jordan berkata, pendidikan al-Quran adalah lambang jati diri yang perlu dipelihara.

"Bidang pengajian al-Quran amat penting sebagai panduan kehidupan khususnya kepada generasi muda. Belajar al-Quran bukan sekadar membaca, tetapi perlu disertai dengan pemahaman dan penghayatan mendalam terhadap isi kandungannya," katanya.

Sementara itu, Nurdiana berkata, berkat bantuan daripada guru dan rakan-rakan banyak menyumbang kepada kejayaannya dalam bidang pelajaran.

"Saya suka bertanya kepada guru dan tidak jemu mencari ilmu serta pengalaman. Pada masa sama, saya tidak pernah hilang fokus ketika belajar. Tambahan pula al-Quran adalah sumber utama yang dapat mendidik seseorang itu menjadi insan yang berguna," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.