saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 13/10/2014

Pembinaan LRT 3 beri manfaat besar

KLANG 12 Okt. - Pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2015 baru-baru ini mampu membawa pulangan besar kepada rakyat khususnya di kawasan Klang dan sekitarnya.

Ketua UMNO Bahagian Klang, Datuk Nasaruddin Md. Zin berkata, pengumuman itu merupakan antara perkara yang dinanti-nantikan oleh rakyat di kawasan Klang yang selama ini hanya bergantung kepada jalan raya serta perkhidmatan komuter.

Ujarnya, dengan adanya pembinaan LRT3 yang menghubungkan bandar utama, Shah Alam dan Klang akan menyediakan alternatif pengangkutan baharu kepada rakyat selain mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menjimatkan kos pengangkutan penduduk di kawasan itu.

"Jika penduduk Klang menggunakan kenderaan persendirian, mereka perlu mengeluarkan kos minyak yang banyak sama ada untuk berurusan di Kuala Lumpur atau ke tempat kerja.

"Dengan adanya LRT3 nanti, kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan, sekali gus membuktikan komitmen kerajaan Barisan Nasional mengurangkan masalah rakyat dengan mengatasi kesesakan dan memperbaiki sistem pengangkutan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambah Nasaruddin, peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya setiap hari sehingga menyebabkan kesesakan teruk adalah antara punca segelintir penduduk di kawasan Klang tidak begitu berminat untuk bekerja di Kuala Lumpur.

Jumaat lalu, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM9 bilion bagi melaksanakan pembinaan LRT3 menghubungkan bandar utama Shah Alam dan Klang yang akan dilaksanakan pada tahun depan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.