saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 13/10/2014

DBKL sokong usaha martabatkan bahasa kebangsaan

AHMAD Phesal Talib (tiga dari kiri) melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan 2014 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Menara DBKL, Kuala Lumpur kelmarin.

KUALA LUMPUR 12 Okt. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL) sentiasa menyokong mana-mana agensi kerajaan, swasta, individu atau kumpulan yang hendak 'me-Malaysiakan' wajah bandar raya ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, pihaknya sentiasa menyokong sebarang aktiviti bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan yang dilihat mampu mengangkat bahasa kebangsaan.

"Bahasa kebangsaan adalah satu elemen fundamental yang menjadi citra atau manifestasi kesetiaan dan kecintaan terhadap tanah tumpah darah kita.

"Oleh itu, tiada sebab pihak DBKL untuk tidak proaktif dan sensitif dalam memberi sokongan kepada mana-mana pihak yang berminat 'me-Malaysiakan' wajah Kuala Lumpur," katanya selepas majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2014 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, malam semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kamarul Zaman Shaharudin.

Dalam pada itu, Ahmad Phesal yang juga Penasihat Jawatankuasa Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkata, bagi menjadikan penggunaan bahasa Melayu lebih berkesan, perancangan mengenai bahasa perlu diambil perhatian oleh para pemimpin.

"Perancangan ini perlu dalam pentadbiran dan juga politik serta kejayaan dalam penggunaan bahasa kebangsaan tidak dapat dikecapi tanpa perancangan kedua-dua aspek tersebut.

"Kerjasama antara DBP dan pihak berkuasa tempatan serta agensi pengiklanan dalam Projek Kendalian Standard merupakan contoh terbaik berhubung perancangan pentadbiran," katanya.

Ahmad Phesal berkata, pihaknya menyeru syarikat milik kerajaaan (GLC) dan pihak swasta khususnya di Kuala Lumpur agar sama-sama menyumbang ke arah memartabatkan bahasa kebangsaan.

"GLC dan pihak swasta juga boleh memainkan peranan dalam mengantarabangsakan bahasa kebangsaan melalui jenama atau label produk supaya masyarakat antarabangsa mengenali bahasa kebangsaan kita," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.