saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 13/10/2014

YWP, 19 syarikat korporat sumbang RM135,000 kepada OKU

KUALA LUMPUR 12 Okt. - Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dan 19 syarikat korporat menyumbang sebanyak RM135,000 kepada golongan orang kurang upaya (OKU) bagi memastikan mereka dapat menjalani hidup lebih selesa di ibu kota.

Sumbangan tersebut diberikan kepada 150 pelajar cemerlang OKU, 21 buah sekolah pendidikan khas, 10 pusat pemulihan dalam komuniti, 21 atlet sukan OKU, empat usahawan OKU dan Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Kuala Lumpur mencatatkan statistik kelima tertinggi dari segi jumlah OKU di negara ini iaitu seramai 498,906 orang.

Jelasnya, sektor swasta perlu membantu golongan OKU dengan menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka supaya guna tenaga kerja tidak dibazirkan begitu sahaja.

"Saya menyarankan syarikat-syarikat swasta menerima golongan tersebut kerana mereka adalah sebahagian daripada kita dan wajar diberi bantuan," katanya ketika berucap dalam Majlis Sentuhan Kasih di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Eksekutif YWP, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee; Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani; Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari, Ketua Pegawai Eksekutif YWP, Datuk Roslan Hassan dan Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, Zakariah Isa.

Tengku Adnan yang juga Pengerusi YWP berkata, melalui statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bilangan OKU yang bekerja di sektor awam meningkat kepada 1,754 pada 2012 berbanding 1,294 pada 2009," katanya.

Beliau menambah, ekonomi golongan OKU turut diperkasakan oleh kerajaan melalui pelbagai geran bagi mengalakkan mereka menceburi bidang perniagaan.

"Contohnya, sejumlah 914 OKU telah menerima bantuan melalui Skim Galakan Bantuan Perniagaan bagi OKU oleh Kementerian Sumber Manusia dan berjaya mencipta peluang pekerjaan untuk 1,597 golongan berkenaan.

"Saya berharap skim-skim bantuan JKM dapat diterangkan dengan jelas kepada masyarakat supaya mereka tahu cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi OKU," katanya.

Sementara itu, penerima sumbangan usahawan OKU, Zamri Azuddin Mohamad Anuar, 28, berkata, pihak JKM berjaya memberikannya peluang pekerjaan kerana minatnya yang mendalam terhadap bidang masakan.

"JKM telah meluluskan geran pelancaran tiga bulan lalu kepada saya untuk menjalankan perniagaan makanan di Setapak dan saya bersyukur keranaa sambutan mengalakkan daripada penduduk setempat," katanya.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Pengurusan Kulinari itu mengalami kecacatan pada bahagian kaki kirinya selepas terlibat dalam kemalangan semasa menuntut di Universiti Insitut Teknologi Mara.

Penerima sumbangan atlet OKU, Mohd. Sabki Arifun, 33, pula berkata, dia pernah patah semangat untuk meneruskan kehidupan ekoran sukar mendapat pekerjaan kerana kecacatan yang dialaminya.

"Atas nasihat keluarga, saya nekad menceburi bidang sukan pada 2004 selepas JKM Terengganu mencari peserta OKU untuk Sukan Paralimpik Pahang. Dengan usaha dan sokongan yang diterima saya telah meraih pelbagai kejayaan dalam acara renang, lumba lari dan berbasikal untuk OKU," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.