saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 13/10/2014

Polis sedia bantu pihak i-City

SHAH ALAM 12 Okt. - Polis akan membantu pihak pengurusan i-City untuk memastikan tahap keselamatan di kawasan taman tema dan pusat perniagaan itu di Seksyen 7 di sini, sentiasa terjamin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya sedia memberi nasihat keselamatan selain menambah anggota polis bantuan di kawasan itu.

Menurutnya, polis juga boleh meletakkan seorang pegawai kanan secara pinjaman bagi memberi nasihat keselamatan kepada pihak i-City.

"Sebagai pusat tumpuan pelancong serta pelabur, i-City memerlukan tahap keselamatan yang terjamin.

"Polis bersedia membantu taman tema itu bagi memastikannya terus menjadi tumpuan pengunjung," katanya selepas melawat i-City di sini, baru-baru ini.

Yang turut hadir Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat; Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias dan Pengerusi i-Berhad, Tan Sri Lim Kim Hong.

Khalid menambah, i-City memerlukan kawalan keselamatan yang khusus untuk memastikan tahap keselamatannya sentiasa berada pada tahap terbaik.

"i-City merupakan satu kawasan yang luas dan dikunjungi oleh ramai pengunjung. Adalah mustahil untuk bergantung sepenuhnya kepada anggota polis sedia ada.

"Berikutan itu, kita mahu taman tema ini mempunyai pasukan kawalan keselamatannya sendiri dan polis akan membantu dari segi nasihat tentang aspek keselamatan," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.